Monday, August 20, 2007

MAKAN, MAKAN LAGI - Part 1

Ya betul...makan, makan lagi... Siap ada part-part lagi taw...

Sabtu lepas balik kampung ada kenduri kahwin kazen my hubby. Terus singgah rumah pengantin sebab rumah tu on the way nak ke rumah MIL. Entah kenapa macam tak de selera lak nak makan. Agaknya sebab hari panas sangat kut. Ooohhh...mungkin sebab on the way tu dah breakfast dan masih kenyang lagi... Dah makan pun boleh lupa nih.

Masa tengah bersiap2 kat rumah, me tengah pakai tudung. AN berdiri kat belakang, atas tangga. Dia letak 2 jari telunjuk belakang my kepala...
AN: mama, mama nampak tak jari adik ni?
me: nampak...
AN: macam tanduk, kan? Tanduk lembu...lembu muslim...
hikhikhik

Lembu muslim?? Mentang2lah mama tengah pakai tudung...
Ahkak terus insaf 8 saat...

Lepas kenduri pergi rumah mertua. Ada buah dokong dan rambutan. Manggis dah habis. Lindt prefer rambutan gading, yang kuning tu. Tapi tinggal 1 pokok aje. Yang lain rambutan merah tu la. Masa kat rumah mertua, tetiba aje me bersin2....terus flu sampai hari ni.

Balik rumah on the same day, petang tu juga, tak tido sana sebab Ahad tu budak2 ni ada silat. AN pun dah join silat. Bajet nak tiba rumah after 7 pm sebab by that time dah tak busy sangat depan rumah ni. Sabtu tu ada futsal match untuk "Rakan Muda Jiran Muda Liga Sukan Komuniti 2007" kat depan rumah ni. Masa kami keluar pagi tu game baru start. Kat padang depan rumah ni dulu ada tennis court, sekarang dah jadi futsal/basketball court. My eldest doter was supposed to take part main netball dan jadi AJK (budak2 silat semua kena jadi AJK) masa sukan tu buat kat Fasa 2 the week before. Tapi tak jadi pergi sebab kami balik JB. Mrasa la dia dapat t-shirt dan sijil walaupun tak pergi sukan tu, sebab dah submit nama ke Jabatan.

0 comments: