Showing posts with label Jalan2 Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 Cari Makan. Show all posts

Thursday, February 5, 2009

Dari dapur orang...

Ha, dah lama tak buat posting "dari dapur orang" kan.

Hari tu kami pergi jalan2 cari makan di restoran makanan Iran. Restoran tu dekat aje dengan rumah, tapi hari tu baru first time pergi. Kami tiba sana dalam pukul 2.30 pm, tak ada customer pun dalam restoran tu...

Jemputlah tengok gambar...

Sebelah kiri depan tu hummus with bread. Pinggan yang kanan tu nasi dengan kebab ayam (kuning) dan kebab daging lembu. Dalam mangkuk kecil tu kuah untuk nasi, tak pedas...rasa macam ada + tomato puree.

Gambar bawah: Nasi tu ditabur kismis. Kismis la kut, tapi macam kecut gitew...hahahaa...dan kismis tu rasa masin. Tak ingat dah apa nama makanan ni. Lauk dia yang dalam mangkuk sebelah kiri tu...ayam dengan kuah sama rasa macam dalam mangkuk kecil kat atas tu.

"Budak tu" biasa la kan... time orang makan nasi dia nak makan fish & chips...

"Budak ni" pulak...nak makan juga ke?

Tunggu tumbuh gigi dulu baru boleh makan, ek...


Tuesday, July 15, 2008

Lobster...nyum...nyum....

Aaahhh...me teringin sangat nak makan LOBSTER. Sesekali ku rasa teringiiiin... Asyik dengar cite orang belanja makan lobster aje, so nak makan pun me kenalah cari sponsor gak... Dah cakap dengan DH nak makan lobster masa dia kat Dubai lagi aritu.

Bila dia balik sini, sibuklah dia ajak pergi makan lobster. Tapi me pulak kata nantilah, esok2lah....etc. Bila keluar makan dengan DDs sekali, nak makan apa2 me kata ikut la DDs nak makan apa. Setiap kali DH ajak me kata bila2 pun boleh...lepas hantar anak2 sekolah pun boleh lunch dengan lobster... eh dengan DH. Tapi lepas hantar anak2 sekolah bila DH tanya nak pergi makan lobster tak, me kata me nak makan lobster dengan anak2... Sekejap cakap macam ni, sekejap macam tu. Hehehee mau tak pening kepala DH, tapi dia diam dan ikut aje. Sabau ajelah kan...cayang my DH...

Ekceli kan, mula2 aritu lepas DH balik from Dubai me cakap kat dia teringin sangat nak makan seafood kat "Ocean Basket". DH dengar dia pun terus aje cakap, jom. Tau tak kat mana Ocean Basket tu? Kat Cape Town...! Ekekeke over tau mak yung ni nak pergi makan sampai ke Cape Town. Ni bukan mengidam dah, tapi mengada2...!!

Helloooo...bukan selalu mengidam ni, kalau setakat nak makan udang goreng tepung tu tak kira mengidam la tu ;). Sedangkan time tak pregnant pun nak makan apa aje DH mesti carikan, ni pulak tengah macam ni...tu yang nak pergi CT pun dia sanggup nak bawak. Mengidam la, bukan buang tebiat taw...ekekeke.

Lepas me cakap tu DH terus nak book tiket tapi tak de seat pulak hari yang kami nak tu. Tapi sebelum tu DH tanya juga, larat ke nak jalan2? Takkan dah pergi jauh2 nanti dok bilik aje. Betul juga cakap DH, so me kata lepas bersalinlah kita pergi...cess, nak pergi juga tu...! (Tapi me sihat walafiat segar bugar, rugi tak pergi...uwaaa...)

Ekceli kami dah 2x pergi CT (2004 & 2006) semasa kami di Botswana dulu, sama aje tak de perubahan pun. So kalaulah ada rezeki lain kali nak ke CT, mungkin dalam masa beberapa tahun lagi kut. Ye ke? Entah le tu...sebab kami ni jenis redah je...tak de nak plan2 kalau nak ke mana2 sebab kalau plan sure tak jadi one....hehehee

So pada suatu hari Sabtu yang kami rasa sangat lapar sebab tak breakfast pagi tu, kami pun pergilah makan kat Manhattan Fish Mkt. Rasa lebih kurang aje dengan makan kat Ocean Basket, cuma kat OB ada sos cili hijau jalapeno yang pedas tak hengat tu...dan lepas order dia akan bagi 1 bakul roti...bakul kecik aje tau, ada 4-5 slices of bread macam2 rasa dan juga butter.


RM99.90

Kena tunggu lebih kurang 20 min (rasa2 macam lebih) sebab lobster tu dia kena grill slowly


penunggu meja...

budak ni banyak makan nasi sebab dia suka nasi yang ada flavour macam garlic rice kat MFM tu.


Selepas makan, me tanya AN ok tak, sedap tak? AN kata sedap, tapi kalau ada ketam laaagi sedap... AN suka makan ketam, tapi me tak suka sebab leceh nak makan...unless ada orang nak keluarkan isi2 ketam tu....muahahaha

Wednesday, February 27, 2008

Jalan-jalan cari makan....

Dah lama tak buat entry makan-makan, kan?
.
Minggu lepas my DH balik cuti 4 hari. Emmm apa lagi...JJCM la agenda utamanya. Kadang-kadang tak payah cakap nak makan apa, dia boleh teka dengan tepat. Maybe that's what you'll get after almost 15 years of marriage. He can read my mind...and I can read his...hahaha. Tapi bab makan ajelah...
.
Ni antara gambar yang sempat di-snap. Banyak lagi dah masuk perut baru teringat nak snap gambar...

Mee bandung


Sizzling steak

Hari Sabtu lepas hantar AN prektis taekwondo, kami dating kat curry house...lunch kari kepala ikan. Me tak berapa minat kari, tapi DH punya pasal, temankanlah juga dia makan. Makan la sekali, bukan teman tengok aje. Lapar weh, tak breakfast pun...

Kari kepala ikan


Tapi yang paling best walaupun tak boleh dimakan...yang membuatkan me senyum sampai ke telinga ialah...jeng jeng jeng...


dapat handbag baru. Buat2 terkejut la, padahal suruh DH belikan kat sana. Pandai2 dialah pilih mana satu. Hari tu kan ada shopping festival kat sana, so kedai buka sampai tengah malam. Sehari sebelum dia balik sini, lepas keluar ofis around 8 pm tu dia pergilah belikan me this handbag. Memang sayang nak guna, tapi dia sibuk suruh try. Yelah dah beli mahal2 tak nak guna, nanti dia tak nak belikan lagi...oops...





Salaam,


Tuesday, November 20, 2007

Dari Dapur Orang - Part 1

Haiiiiii

Kali ini kita bersiaran dari dapur orang...hehehee. Nak tunjuk gambar makanan yang kami makan, bukan me masak. Itu pun gambar2 yang ada dalam pc ni sajalah. Ada yang tak teringat pun nak ambik gambar, pasal dah lapar sangat kut masa tu....

Ini antara gambar semasa kami di Botswana dulu.


KFC

Our dinner masa first day tiba di Botswana for the 2nd time (June 2005). Sejuk2 tu jalan kaki dari apartment. Masa tu belum ada kereta lagi. Jauh juga menapak nak ke KFC di African Mall tu. 2001-2002 kami pernah tinggal di Botswana, so kami tau di African Mall tu ada KFC dan Nandos halal. Tapi sebelum tu kami singgah dulu kat Medina Meat Market di situ, tanya kat orang kedai tu KFC tu still halal lagi ke. Manalah tau kan... Ada lagi sijil halal dia display dalam kedai. KFC ni dah tutup akhir Mac 2006. Tak taulah pindah tempat lain ke tutup terus.
.
Mengelat tu...jus buah (dalam beg plastik) beli kat Medina Meat Mkt tu...hahahaa. Fast food outlet kat sana tu air semuanya dalam tin. Tak macam kat M'sia ni. Straw pun semuanya balut dengan kertas macam straw kat Nandos tu la.

Nandos banyak kat Botswana, semuanya halal. Hampir tiap2 minggu makan Nandos. Kat Botswana tak ada McD ye...(sekarang tak tau). Kami pergi South Africa baru dapat makan McD.


Fish & Chips @ Something Fishy

Ni tempat kami pergi kalau nak makan fish & chips. Nasi pun ada juga.
Nama kedai dia Something Fishy...hmmmm....
.
.
Papa & Beef Curry
.
My hubby's fav ni. Papa tu sebenarnya maize meal @ mealie meal. Tak ingatlah locals panggil apa nama. Tapi orang sana suka panggil 'papa'...lebih mesra kut...?!
.
Maize tu ada jual kat supermarket. Pernah try masak, tapi tak jadi....huhuhh. Me tanya kat cleaner yang bersihkan rumah kami tu, cara nak masak papa. Ye2 la dia explain....last2 beli dah siap kat kedai saja.
.
Gambar atas tu papa yang kami beli kat supermarket. Tetiba aje teringin nak makan papa...


Fatir with cheese & Fatir chicken

Fatir ni kami makan di satu Egyptian restaurant di Gaborone*. Sedap, macam murtabak pun ya.

* Gaborone (kat sana G disebut mcm Kh... jadi sebut betul2...Kha-bo-ro-ne... Pandainye...!) ialah ibu negara Botswana. Kami dulu dok kat Gaborone, atau Gabs, bak kata orang sana...



buah delima petik kat apartment...eleh sama je macam delima kat sini...hikhikhik



mangga afrika

Sedapnya makan mangga bila tiba musim buah. Eh mangga ni import dari South Afrika daa.... Tak pernah nampak pokok mangga macam ni di Gabs. Pokok lemon tu banyaklah.


Buah peach ni pun sama, import dari South Africa.


JalapeƱo

About 7cm long, medium heat, widely available in its green form.Tends to have more of a rounded end than a point which could be a Kenyan chilli instead. Widely used in Mexican cooking, great stuffed with cheese and grilled or BBQ'd.

- pssst....gambar pinjam tu... Kat sana banyak cili jalapeno ataupun cili api yang panjang2 tu (label kat supermarket tulis Thai chillies). Cili hijau macam biasa kita makan kat sini, sekali je pernah jumpa kat satu supermarket ni. Masa jumpa tu rasa seronok sangat hahahaa...kesiannya..!


Ada Part 2 ke? Tengoklah kalau rajin ek....

Tuesday, October 30, 2007

Kita Minum Dulu...!!

First gathering untuk kelab D'Tembuns akan diadakan tak lama lagi bertempat di...





Jemputlah datang. Buat muka tak malu....ekekeke

Thursday, October 25, 2007

I know what you did last raya...

How you know?

I know la....

You makan tak ajak I...huhu....


Ini dia juadah raya di rumah mertua pada raya pertama....standard la tu, tiap2 tahun sama saja. Cuma tahun ni lemang 'odasaja', mertua tak buat sebab penat jaga sorang cucu.... Kesian mak....


Lemang, rendang daging & kari daging
(previous years tak ada kari daging)



Nasi impit & kuah kacang


Ini yang I missed tahun ni.... :(

Juadah raya pertama kat rumah my mom di JB. Walaupun menu lebih kurang sama saja tiap2 tahun, tapi tetap miss juga...lebih2 lagi sebab tahun ni tak sempat beraya di JB. Tahun ni raya kat Pahang saja (kebetulan turn sana), 2nd raya dah balik sini coz 3rd raya ada orang tu nak pergi ovc dah. Biasanya memang balik dua2 kampung, cuma gilir2 1st raya saja.

Tak dapat balik JB, tengok gambar ni sajalah.
(Gambar2 - credit to adik_yang_perasan_comel... dgn ucapan...terima kasih daun keladi, nat)


My Mom's juadah raya

(ingat linda onn sorang je ada My Mom's? Me pun ada taw... ekekeke)

Dari kiri (clockwise): lodeh, ayam masak kicap, daging masak sate, sambal udang & sambal goreng.

Lauk-pauk dimasak oleh my adik2 dan kakak2 (termasuklah yang tolong kacau2 dan dapat nama...siapa terasa nasiblah ek hehehe) . My mom dah penat jaga 6 orang cucu kat sana. Kesian mak...

My Mom's juadah raya termasuk Ketupat yang tahun ni 'odasaja'....

Nak tumpang sekaki. Ini pula yang me masak masa raya kat afrika tahun 2005.

Me tak pandai masak ya...tu semua ikut resepi dari cari.com... Kalau AN kata "mmm very Gayah" atau "ni mesti Mak Gayah masak"...oraitlah tu, sedaplah maknanya tu.

Siapa dia Mak Gayah? Entry lain nanti me ceritakan... ;)

Sunday, October 21, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam....

Hampir terlupa nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, salah silap anda dah saya maafkan...hehehee...mohon maaf zahir dan batin andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, ada yang terasa ke...apa2 lagi lah. Ingatkan nak buat posting dekat2 nak raya, tapi TERbusy pulak dah last minute tu...langsung terlupa.

Kali ni tak ada gambar juadah raya. I'm still waiting for MYNAT kirim gambar juadah raya di JB. Sabau ajelah...wargatua ni nak kena selalu diingatkan, bawa cable, bawa cable pi office...

Sementara tunggu MYNAT kirim gambar, tengoklah dulu gambar sesi makan2 menggemukkan badan ni... Gambar xs tak de, tunduk2 buat SAL tu ajelah.

Khamis lepas buat brownies......

.
MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
(resepi: 1mas2ra, cari.com)

250 g butter - potong kecik
400 g chocolate - potong kecik
6 eggs
340 g brown sugar
2 tsp esen vanilla
20 g chocolate emulco
80 g tepung gandum
60 g cocoa powder
140 g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan
(me buat letak almond)
.
1. Panaskan oven suhu 160'C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung ke dalam mangkuk di atas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160'C/50 minit-1 jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn ice-cream atau dgn sos kastad.
.
Rasa? Sedap? Eh sedaaappp.... Mmmmm memang chewy. Texture tak macam kek.
.
Me tak buat topping. Nak potong letak kat piring pun satu cabaran juga...sebab penat anak2 tunggu, mama potong potong masuk mulut, potong masuk mulut...tak sempat sampai ke piring hehehee. Sampai si kakak cakap, mama ni asik masuk mulut dia aje...
.
Me buat setengah adunan saja. Next week birthday si kakak, dia dah pesan suruh buat brownies for her birthday, tak nak kek.
.
Malam tu makan nasi lemak. Macam dah lama rasa tak makan nasi lemak...so malam tu masaklah
.
Hari Jumaat, lunch di Secret Recipe. AN ni time abah dia tak ada je mesti ajak makan kat SR. Dia kata dah 3x mimpi makan Grilled Mushroom Chicken kat SR. Alahai...terpaksalah bawa sebelum dia mimpi kali ke-4....
.
Kalau berat badan tak bertambah tak tau le....



Monday, September 17, 2007

Kurma


Biasa tak makan kurma muda? Me baru first time rasa...emmm...errr....rasa macam kelat2 sikit. Sekali pandang teringat buah kelapa sawit. Yang kaler gelap tu pun belum masak sangat, rasa kelat2 sikit. My hubby cakap rasa macam ciku. Me tak suka ciku, so... Kurang gemarlah kurma ni. Prefer yang biasa tu. Dua2 rasa macam kelat2 sikit, tak de rasa manis pun. Entah2 sebab me selsema tu yang makan tak rasa apa pun...

-- oo --


Ada orang sudah komplen....asik mengadap xs aje... Huhu oklah...terpaksa put aside my xs. Lepas je my hubby cakap gitu, I kena flu...4 hari demam, memang betul2 tak boleh xs. Bukan saja tak boleh xs, masak pun ala kadar ajelah. Berdiri lama sikit kat dapur rasa macam nak pitam...mulalah terbayang bantal aje. Hehehe. Tapi untuk sahur kena masak juga.

Alhamdulillah, hari ni baru rasa ok sikit. My hubby pun cakap, dah sihat sikit tu mulalah mengarut, dok kacau orang...hahaha. Ekceli malam ni baru pergi klinik sebab my eldest daughter balik2 sekolah je petang tadi demam, panas sangat badan dia. Badan panas, mata merah. Lepas buka puasa suruh dia makan uphamol sementara nak siap2 ke klinik. Tapi lepas makan ubat terus mata jadi bengkak. Biasanya tak allergic, tapi hari ni dia allergic pula dengan uphamol tu.

Nampaknya esok kena jaga orang sakit. Hopefully esok me sihatlah, tak de pening kepala teruk macam siang tadi.


Monday, August 20, 2007

MAKAN, MAKAN LAGI - Part 2

Petang tadi kami bertiga pergi makan di Marybrown.

Nasi Lemak

AN dari pagi tadi nak makan nasi lemak. Sekarang ni tiap2 hari dia nak nasi lemak. Tapi sambal tu pedas, so dia makan tak abis...dia tak tahan pedas.

Lindt tak jamah nasi tu so tak tau sedap ke tidak.


Rice & Fish Curry

Teringat fish curry yang Lindt selalu masak masa kami tinggal di Botswana dulu. Eh, bukan sebab kari tu tak sedap...hehehee tapi sebab dia guna fish fillet. Masa kat sana dulu kalau nak makan ikan, beli product I&J yang dalam kotak ajelah sebab Botswana kat tengah2, tak de laut. Kalau ikan fresh pun orang pancing kat dam.

Masa kat sana selalu beli ikan dalam kotak macam ni, product South Africa.


A.N. tengah makan, duduk atas buaian, sambil posing

Lindt ingat nak testing suara la tadi...baru nak feeling2 macam Latifah Omar dalam cite Bawang Putih Bawang Merah...macam ni....

(yeehaa...ada pun gambar...)

...tapi baru je nyanyi...."pohon beringin....", my hubby cakap kat AN "bawang besar nyanyi..."

Ahkak sentap....!




p/s....my beads stitch dah siap...will update esok2 ke....

MAKAN, MAKAN LAGI - Part 1

Ya betul...makan, makan lagi... Siap ada part-part lagi taw...

Sabtu lepas balik kampung ada kenduri kahwin kazen my hubby. Terus singgah rumah pengantin sebab rumah tu on the way nak ke rumah MIL. Entah kenapa macam tak de selera lak nak makan. Agaknya sebab hari panas sangat kut. Ooohhh...mungkin sebab on the way tu dah breakfast dan masih kenyang lagi... Dah makan pun boleh lupa nih.

Masa tengah bersiap2 kat rumah, me tengah pakai tudung. AN berdiri kat belakang, atas tangga. Dia letak 2 jari telunjuk belakang my kepala...
AN: mama, mama nampak tak jari adik ni?
me: nampak...
AN: macam tanduk, kan? Tanduk lembu...lembu muslim...
hikhikhik

Lembu muslim?? Mentang2lah mama tengah pakai tudung...
Ahkak terus insaf 8 saat...

Lepas kenduri pergi rumah mertua. Ada buah dokong dan rambutan. Manggis dah habis. Lindt prefer rambutan gading, yang kuning tu. Tapi tinggal 1 pokok aje. Yang lain rambutan merah tu la. Masa kat rumah mertua, tetiba aje me bersin2....terus flu sampai hari ni.

Balik rumah on the same day, petang tu juga, tak tido sana sebab Ahad tu budak2 ni ada silat. AN pun dah join silat. Bajet nak tiba rumah after 7 pm sebab by that time dah tak busy sangat depan rumah ni. Sabtu tu ada futsal match untuk "Rakan Muda Jiran Muda Liga Sukan Komuniti 2007" kat depan rumah ni. Masa kami keluar pagi tu game baru start. Kat padang depan rumah ni dulu ada tennis court, sekarang dah jadi futsal/basketball court. My eldest doter was supposed to take part main netball dan jadi AJK (budak2 silat semua kena jadi AJK) masa sukan tu buat kat Fasa 2 the week before. Tapi tak jadi pergi sebab kami balik JB. Mrasa la dia dapat t-shirt dan sijil walaupun tak pergi sukan tu, sebab dah submit nama ke Jabatan.

Wednesday, August 15, 2007

BALIK KAMPUNG....LAGI?

Jumaat lepas kami balik kampung. This time balik kampung for real, to my real kampung...bukan kampung MP tu taw....

Balik sebab ada kenduri kahwin Sabtu lepas. So anak2 'cuti' la Jumaat tu. Keluar rumah 10 am, tiba JB 10 pm. Hahaha...kalau tak singgah mana2 tu tak sah. Kena pulak me tetiba sakit perut on the way tu, ala2 cite 7 Perhentian la, banyak kali stop cari 'Dr. Tan....'

Memula singgah Melaka, jalan2 di Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Terpaksa cari ubat tahan sakit perut kat farmasi. Lepas tu singgah Muar, makan mee bandung Muar dan rojak petis. Mentang2lah perut dah ok sikit, makan tak hengat...! Dari Melaka ke Muar ikut jalan lama, lepas tu masuk highway semula. Kami suka ikut jalan lama, tak boring sangat. Tiba JB dah malam, terus pergi makan yong tau foo sup. Kami tak beritahu siapa2 nak balik, nak surprise la konon2nya. Tu pasal terus pergi makan, sebab sure my mom tak masak lebih sebab tak tau kami balik.

Pagi Sabtu pergi makan mee rebus for breakfast. Tengahari tu makan nasi kenduri kahwin anak jiran sebelah rumah. Petang tu keluar window shopping kat Tebrau City. Kat sana pergi minum di Delifrance. On the way balik rumah petang tu singgah beli Murtabak Larkin. Malam tu pula ada kenduri arwah & tahlil kat rumah pakcik. Makan, makan, makan...bila nak diet ni?? Hmm...esok la start diet...



Ahad, lepas breakfast balik semula ke sini. Kena balik awal sikit sebab minggu ni anak2 ada exam, tak tengok buku pun lagi. Kami singgah di restoran jejantas Ayer Keroh, tapi tak makan sebab ada sorang budak tu moody...dia tak nak makan so semua orang tak makanlah.

Sabtu minggu ni my hubby ajak balik kampung, ada kenduri kahwin sepupu dia. Makan lagi.... Hmm...next weeklah start diet...

Thursday, June 28, 2007

Update sikit...

No more MUBS, at least for today....

Lama tak update, saja buat2 busy.... Last week pergi ambik report book AN. Students yang dapat 6A dan 5A 1B semua dapat hadiah, termasuklah AN....dia dapat 6A exam aritu. AN dan kakak dia pakat book no.5 utk exam ni. Exam sekolah agama AN dapat no.3...terpaksalah me bagi hadiah sebab dah janji. Aritu saja la cakap kalau dapat no.1-3 dapat hadiah sebab tengok dia tak study pun, asyik tengok kartun aje. Dah tengok kartun, biar ajelah. Me tak paksa2, tak suka pressure dia kecik lagi. Suruh study untuk exam sek. keb., dia flip thru her previous test papers, ada la dalam 5 minit dia 'study' for the whole week...hmmm... Not bad jugalah, dia score 95% untuk sek. agama dan 94.8% untuk sek. kebangsaan.

Sabtu lepas balik ke kampung hubby, eh balik rumah mertua la kan... Ada kenduri doa selamat, anak sedara hubby's 1st birthday. Anak sedara sulung dia. My side dah ramai anak sedara...sat na nak kira berapa orang...uish...17 orang la...patutlah sampai lost count.... Tahun ni aje tambah lagi 2 orang.




Ni pulut kuning untuk makcik2 yang baca Yaasin. Me tak join, belum cukup umur untuk kategori makcik2...hehee. Me and my hubby jadi tukang isi pulut kuning dalam bekas tu. Kalau yang senget2 tak rata tu my hubby punya kije tau... (nampak mcm semua sama je hehee). Pulut kuning je, I thot ada lauk. Kalau my mom punya pulut kuning mesti ada lauk rendang ayam/daging dan sambal tumis udang. Ye-ye aje ingatkan ada lauk, siap tanya lauk masuk dalam bekas apa. Patut le my MIL tak jawab, rupa2nya pulut kuning saja. Eh, ter-komplen pulak kan...

Untuk kenduri pukul 3 petang tu, makan satay. Dengar2 order 1000 cucuk (min. order), tapi jemputannya tak ramai pun. Macam muak lak tengok satay banyak gitu, sampai nak ambik gambar pun tak lalu *wink. Dah bagi makcik2 tu bawak balik pun masih banyak lagi lebih. Kami makan sikit dan bawak balik sikit...sikit aje tau, sebab ada lebih separuh besen lagi satay tu masa kami balik aritu...

Kuih-muih masa kenduri. Semuanya "oda saja"....

AN makan apam yang pink aje sebab tu faveret kaler dia...

Mana gambar birthday girl? Tak de pun. Birthday cake pun tak de gambar. B'day girl takut orang, me malaslah nak dekat. Nasib ko le dapat mak long yang tak mesra alam ni...hehee

Dapat bawa balik durian dari pokok my FIL. Dah a few years tak berbuah. Isi dia marvelous!! Pokok tu sebatang je kat belakang rumah. Tengok gambar macam banyak kan, tapi 2 biji je. Anak2 tak suka (dulu2 suka durian, now tukar selera tak nak makan durian lak..). Abis tu siapa nak makan? Mamaaaa juga...hahahaaancus diet ku... Tak makan kang kecik ati lak orang tua tu kan....hehehee alasan!!