Showing posts with label kakak. Show all posts
Showing posts with label kakak. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

Selamat Pengantin Baru...

...kepada cik adik manis, MUS @ Mrs Shafiz. Semoga berbahagia selalu di samping cik abang tersayang. Pheewiiittt!!

Ribuan terima kasih diucapkan
atas kad undangan yang dikirimkan


Mahap le ahkak Lindt tak dapat datang. Nak sangat pergi kenduri Mus hari tu. Maklumlah dah lama tak jalan2 ke Penang. Tapi as usual, cuti sekolah DD sibuk dengan silat... Grrr...!

Ahkak Lindt tak de pun meriah juga kan majlis Mus...ekekeke. Meriahnya terasa sampai ke sini...sebab kat sini pun ada pemain kompang taw...

pang pang kompang kompang...


7 Jun tu my doter ada persembahan silat sempena majlis khatam silat. Dia belum khatam lagi...sebab dah lama tak turun prektis...





Yang lompat gelung api tu my doter tak terlibat, cuma boys.
.
Ada sorang budak tercedera. Dia tersilap step, langgar gelung api tu, gelung tu jatuh atas tilam dan dia pun jatuh atas tu kut. Menjerit semua orang yang tengok. Cepat2 mereka yang kat tepi tu padamkan api pada seluar budak tu dengan kain basah dan terus jirus budak tu dengan sebaldi air (ekceli kereta bomba pun ada kat tepi tu hehehee). Panik kut...sebab kata DD masa prektis tak de api.

Banyak lagi gambar yang lebih clear dalam camera DH. Saja me malas nak upload :P



Tuesday, February 19, 2008

Guess who?



Siapa lagi...Aznil la tu. Masa ni my doter pergi Astro Fest, ikut kawan dia yang mak dia kerja Astro.

Dia jumpa Aznil, dia cakap 'uncle, nak gambar...'. Aznil pun kata ok, mari. Mestilah panggil uncle kan...takkan nak panggil Abang Aznil lak hehee... Aznil lebih tua dari my hubby pun.

Kalau tak silap Aznil ni umur dia 46, sama dengan my kak long. Tapi my doter cakap tak nampak macam 40's pun...macam orang umur 30-an aje... Awet muda kut...

Awet muda? Ramai orang kata my DH tu awet muda. Ada sekali dulu balik kampung, kazen2 dia kata dia awet muda...nampak lebih muda dari another cousin yang sebaya dengan dia. Kat ofis dia pun orang tak percaya kalau dia beritahu umur dia. Semasa kami pergi cuti2 Beijing dulu, tourist guide tu nak teka umur my DH 26 tahun, dan I pulak lebih kurang tu juga. Tapi tengok anak dah besar, takkan 26 tahun. Hahaha masa tu si kakak ni around 9 tahun kut. Tapi dia sama tinggi dengan another form 1 girl yang ikut trip tu (or budak tu tak cukup tinggi...?)

Bagus juga kan kalau tinggi ni. Bila jalan dengan dia, orang tanya tu adik ke anak? Masa di Botswana dulu pun ada sorang perempuan ni (orang sana) tengok je kami, then dia tanya is that your daughter or your sister? Hehee perasan muda la sekejap time tu. My sister cakap, jangan nak perasan la...anak awak tu tinggi sebab tu orang ingatkan tu adik awak, bukan sebab awak nampak muda... Ehhhh jeles la tu... Hikhikhik




Salaam,

Thursday, December 13, 2007

Anak siapa la tu...?

Article dalam akhbar Utusan M'sia hari ini....





that's my girl... :)
salah eja pulak nama bapa tu...tak apalah, dimaafkan...


Hari tu mereka ada buat show di majlis khatam & berkhatan anak2 staff Utusan. Lepas tu buat show pula untuk this article. Ada la this reporter datang ke tempat mereka berlatih silat tu.

Gambar 'kakak' front page gitew... hehehee. Dua orang tu aje pesilat perempuan.

oops...statement tu bukan my girl yang cakap. Itu pandai2 reporter itulah nak tulis apa. Reporter tu banyak tanya kat Khairul (budak senior, atas gambar my doter...) . My girl just cakap sikit2, angguk2...geleng2...

That small boy yang diinterview (Darwish)...sebaya dengan AN tapi badan kecik aje macam budak umur 5 tahun. Masa reporter tu tanya siapa nama, dia jawab "tak nak cakap nama"....heheheee cute la budak tu...

Sunday, October 28, 2007

Happy Birthday, Kakak

Selamat hari lahir yang ke-13
untuk anakanda tersayang,
'kakak'
28 Oktober 2007




Friday, June 8, 2007

Silat

Tadi, eh semalam...07JUN07 9 pm, Lindt pergi ke "Majlis Perasmian Penutupan Ujian dan Penyampaian Sijil Persatuan Seni Beladiri Jami'ah Al-Sidrah", dekat2 area sini aje. Dekat 12.30 mlm baru tiba rumah sebab tunggu my anak darez tolong mengemas sikit2, since dia in charge of food (tapi dia tak makan pun).

Persatuan silat yang dia join ni is under RT. RT Taman Dagang Fasa 2A/3 is the only RT in our country yang ada silat dan pasukan bomba dan penyelamat sukarela.

My doter in action....persembahan pembukaan.

I'm proud of her. Mestilah kan, sebab cuma 2 orang aje budak perempuan yang join silat tu. Dulu ada lagi 2 orang, tapi dah quit. My doter pun baru juga join, this year ke last year tak ingat dah. Sebelum ni cuma boys aje yang join, sekarang ni baru ada pelajar perempuan.

Dua2 tu budak form one...sorang terlebih zat sebab tu tinggi, sorang lagi tu kecik molek je orangnya. My doter yg sebelah kiri...yang terlebih zat tinggi tu la... First time I tengok dia bersilat...sebab kat rumah dia prektis dalam bilik dia aje. Her father tak dapat tengok sebab pagi ni baru tiba KLIA, InsyaAllah (sebab tu bz asah kuku..*wink).

Bulan 12 ni dah ada orang booking untuk buat persembahan kat kenduri kahwin. Itupun kalau orang tu jadi kahwin la kan...oops, mulut...! hehee

Last week, ujian silat dia lulus, Alhamdulillah dapat "jayyid jidan", sangat baiklah tu kut. Ni dah tamat Juzuk 1, pas ni naik Juzuk 2. Paling tinggi Juzuk 5. Semalam ada 5 boys yang dah tamat Juzuk 5. Tempat mereka prektis tu dalam kelas KAFA. Yang ajar silat (wasit?) tu pun salah sorang ustaz KAFA tu.

Semalam sepatutnya dia terima sijil, tapi tunggu2 tak masuk walaupun nama dah dipanggil. Lindt dah standby dengan kamera ni tunggu dia terima sijil. Rupa2nya pada masa yang sama ada orang panggil dia suruh hidang makanan. So tak de gambar dia terima sijil lulus ujian.


Oops, ini bukan sijil dia, tapi ni sijil untuk mama dia. Jangan marah...anak tak terima sijil, mak yang terima... Haa tak sangka Lindt dapat sijil semalam. I/c number terpaksa dipadam..takut kantoin hehee. 3x ustaz panggil my name...sampai tersasul bin Abdullah lagi. Saja la biar orang tertanya2 siapa dia Puan Azura Abdullah ni...tu yang tunggu sampai 3x panggil baru bangun...hehee. Eh taddelah...ekceli terkejut...eh betul ke nama aku, entah2 orang lain...eh, apasal lak tak pasal2 aku dapat sijil nih? Aritu ada la bagi sumbangan sikit untuk majlis ni...sumbangan ikhlas tak harap balasan, tu yang terkezut tadi tu...