Showing posts with label a.w.. Show all posts
Showing posts with label a.w.. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

MUBS

Ek eh dah mid March ek? Hehehee malas betul nak update blog...apasal entah... (buat2 tak tau...). Ahkak Lindt busy tiap2 hari nak harvest kat farmville, farm town la...nak masak2 kat cafe world lagi... mana nak bagi ikan2 makan...akuarium aje ada 7...kat FB sana tu...hehehee

Cerita yang dah dikarang separuh jalan since last year tu, belum disambung2 lagi.

Jom tengok dulu gambar2 bebe AW lah. InsyaAllah nanti me update gambar tatting. Buat last year, tapi itulah...malas nak update blog... Simple patterns aje, maklumlah saya mak budak baru belajar... Sekarang ni tak ada tat apa2. Ada juga nak try buat bebaru ni, tapi baru je nak buat AW tarik2 benang tu. So terpaksalah simpan.


AW's first visit to the zoo. Kami pun dah lama sangat tak ke zoo. Last pergi masa AN umur setahun lebih. Tahun ni AN dah nak masuk 10 thn. Bukannya jauh sangat zoo negara tu dari rumah. AW kecil lagi, belum pandai tengok animals. Dia buat hal dia aje... :-D


2 hari lepas kami pergi ke pantai Bagan Lalang, Sepang. Yang ini pun dah lama juga tak pergi. Last time pergi AN kecil lagi. Dari last year nak pergi makan seafood kat sini, tapi tak pergi2. Hari Selasa lepas, nak makan seafood punya pasal pergilah sana. Dari rumah around 4 pm. Tiba sana dalam 6 pm. Air pasang. Tapi tak bawa baju spare sebab tak ingat pun nak mandi laut...ingat nak makan aje hehehee. AW ajelah yang sentiasa ada baju spare dalam kereta tu.

Oops...gambar makanan tak ada ambil, tak ingat pun...sebab lapar sangat kut :p. Orang tak ramai walaupun cuti sekolah.

First time ke pantai. Dia tak takut pun. Bila ombak datang dia cakap ooooo...




AN kat belakang tu geram aje tak dapat mandi laut sebab tak bawa baju spare... Next time lah ya...


Posing mem besar...


p/s AW dah setahun setengah skrg ni.

Thursday, December 3, 2009

Ya ampun...malas sungguh nak update blog :-D. Ada story ni....tapi sementara tunggu Ahkak Lindt mengarang dan update (entah bilalah tu..??) tengok la dulu gambar2 terbaru bebe AW ni ek...



Bebe AW @ A&W


Wednesday, September 30, 2009

Bebe AW's first raya

Tahun ni first time AW beraya. Last year masa raya dia masih "dalam hari"...siang tu dia tidur sepanjang hari, pukul 11 mlm dia berjaga sampai ke pagi.

Tahun ni first raya di kampung DH (walaupun sepatutnya turn saya...). 2nd raya balik ke kampung saya. Biasanya 3rd raya, tapi tahun ni DH ajak balik 2nd day. Nak pujuk orang merajuk kut hihihii...


Pagi raya. Orang dah nak balik solat raya pun bebe AW masih tidur lagi. Letih tengok orang main bunga api ke....?


Dalam kereta nak pergi beraya. Bebe AW tengah makan kuih raya dari rumah.


Masa beraya di rumah bapa saudara DH. Dia memang tak boleh duduk diam. Orang makan kuih raya dia pun sibuk nak makan. Tapi kat kampung saya dia jadi baik...sebab takut orang, so tak boleh berenggang :(




Wednesday, September 16, 2009

Happy birthday to youuuu...

Bebe AW's birthday (11 Sept 2009). Aahhh rasa sekejap sangat, tau2 AW dah setahun...

Budak kecik, so beli kek yang paling kecik




Bebe AW with her RM5.00 buy 1 free 1 tiara....hehehee




Wednesday, September 2, 2009

Bebe AW

Salam Ramadhan kepada achik2 semua :D


Kalau ikut kalendar Islam, 11 Ramadhan semalam genap setahun dah umur bebe AW. Cepat sungguh masa berlalu kan. Dia dah pandai berjalan seminggu sebelum puasa hari tu. Still berjalan jatuh lagi. Tapi kalau nampak saya buka fridge cepat aje dia sampai, tak jatuh pun hehehe...tau2 dah ada kat sebelah.

Time nak menjahit, bila bentang aje kain selamba aje dia berdiri atas kain tu. Haiiii alamatnya tak siaplah baju raya...

Satu aje yang tak syiok...dia masih belum panggil saya "mama". Dah lama dia pandai sebut abah...dengar bunyi gate aje terus dia ke pintu sambil sebut abah, abah... Kadang2 saya pun dia panggil abah. Baru 2x aje dia sebut mama, itupun masa dia tengah main sorang2. Dia lebih banyak sebut "mamam". Takkanlah setiap kali tengok mama, mama tengah mamam (makan) kan... :p



11 Sept InsyaAllah bebe AW sambut 1st birthday. Semalam dah beli lilin kat tesc*. Hahaha belum apa2 lagi dah beli lilin. Bukannya apa, tengah clearance sale 10 sen aje 1 pek... Kalau rajin saya buatkan dia kek. Tapi kalau masih dalam mood M, suruh DH beli ajelah...



Tuesday, June 23, 2009

Macamana nak ber-tatting ya, kalau ada assistant yang macam ni....


Pantang nampak benang dia nak.
I_S, kena minta tolong kakak Tena babysit AW ni...baru lah boleh me belajar tatting dengan I_S...hehehee




Friday, April 3, 2009

aw

Malas betul nak update blog hehee. Nak online pun rasa macam tak cukup masa aje sebab AW ni kalau siang tido sekejap2 aje...5, 10 min aje dia tido. Sekarang ni AW dah dekat 7 bulan, lagilah macam2 benda dia nak try.

Untuk I_S...ni gambar terbaru AW, si "hidung belang"...hikhik. Hidung tu luka sikit sebab dia terjatuh sebab main bangku plastik. Entah apa dia cuba buat hari tu...try nak berdiri kut, tu yang terjatuh.


Dah dekat 7 bulan belum merangkak lagi...still takut2...1,2 step aje. Sekarang ni dah pandai panjat tangga, ada hati nak naik tangga sebelah tangan pegang besi tepi tangga tu hehehee. Dah berdiri sendiri kat tepi coffee table dan start "mengemas". Kalau me lipat kain baju mesti dia datang panjat naik atas riba (panjat? macam "tinggi" aje bunyinya hahahaa).



Muka budak belum mandi pagi....



Alamak... AW sudah terjaga daa. GTG before DH bawa AW naik atas. Silap2 nanti dia tepuk2 kibod ni habis hilang semua ni...

Thursday, January 22, 2009

Jom kita ...

...compare gambo2 my DDs (tak de keje la tu...). FYI me suka ambil gambar DDs ni sama style diorang posing...so that nanti boleh buat keje tak berfaedah macam ni hehehee.



Note: gambar2 atas tu semasa A & AN around 6 months kut. AW dekat2 4 months. Tang rambut AW menang la antara 3 tu.

Me pun ada gak gambar meniarap masa baby...gambar kat studio lagi taw. Orang dulu2 kan rajin pergi bergambar di studio. Nak tengok? Nasib baik tak ada dalam simpanan di sini. Nasib baik kan, kalau tak boleh tengok who's the fairest of them all... Hahahaa perasan..! Dah..dah cukup...! Tapi rasa2nya tiga2 tu tak boleh celen rambut mama diorang ni masa gambar meniarap tu...lagi terpacak...macam kena karan kut ekekeke...

Gambar atas ni, kedua2nya - AW (kiri) dan AN (kanan) semasa umur 3 bulan.

Gambar atas ni pun sama, AN & AW dua2 masa 3 bulan.

- Dua2 gambar tu pada hari aqiqah dan potong jambul mereka.
- Masa ni AW belum tukar gaun(beli) lagi. AN pakai gaun labuh kain lace mahal entah berapa RM/meter me beli dan jahit sendiri. Tak pandai pun buat2 pandai, janji ada rupa baju... hikhikhik.
- Dua2 pun sedang hisap jari dalam gambo tu.

Erk...me pun hampir ter-konfius... Mula2 ingatkan yang kiri tu AW, tapi tengok2 ada si kakak.

Dua2 ni aqiqah di DH's kampung. Hari tu masa aqiqah AW terlupa nak suruh AN posing riba AW macam dalam gambar kiri (A riba AN). Jangan tak tau...dinding kat belakang DDs tu dari dulu sampai sekarang entah berapa kali cat tapi menten kaler sama. In fact, dari time me kahwin dulu sampai sekarang still setia pada warna tu juga...






p/s....A @ DD # 1; AN @ DD #2; AW @ DD #3




Posted by Picasa

Friday, January 9, 2009

My A.W.

Rasanya macam dah lama tak letak gambar baby AW. Rasa cepat betul masa berlalu, AW dah hampir 4 bulan. Dah meniarap masa 3 bulan setengah.

Gambar atas ni baru lepas bangun tidur...terus senyum tapi bila nampak lampu merah kat belakang h/p terus buat muka serius...




Semalam 1st time bagi AW makan. Kalau ikutkan baby sekarang ni kan 6 bulan baru boleh bagi makan. Tapi me bagi AW makan start dari 4 bulan, sama macam kakak2 dia gak. Tapi still b'feeding lagi...sementara stok masih ada *wink*.


Terlupa pula nak ambik gambar time dia makan. Si AN la excited sangat nak bagi adik tu makan. AN kata eh best la...lain kali dia makan 'adik' @ AN nak suapkan. Semalam b4 makan me bagi AW pegang sipper cup dia, nak bagi minum air suam. AW senyum aje. Tengok2 cup tu tak rapat...apalah mama AW ni, lupa nak cek. Habis tumpah air atas baju dan seluar AW. Patut la dia senyum aje...sejuk kut....



Her cousin panggil AW "pepaya"...tengok la tangan AW tu...



Monday, December 15, 2008

Kenduri aqiqah dan potong jambul AW

Buat kenduri ni di kampung DH 23NOV08. Itupun depends on the weather, sebab kat kg DH masa tu tiap2 hari hujan. Kalau hari tu banjir kami kena postpone majlis. Rumah PIL tak banjir sebab atas bukit, tapi kawasan nak ke sana tu selalu banjir bila hujung2 tahun ni.

***

DH: nanti kita balik rumah wan, kita buat kenduri aqiqah untuk adik.
AN: aqiqah?
DH: nanti nak sembelih kambing. Kalau anak lelaki, disunatkan sembelih 2 ekor kambing. Kalau anak perempuan sembelih 1 ekor aje.
AN: ooo maknanya anak lelaki menyusahkan la ek... sebab nak kena sembelih 2 ekor kambing. Kalau anak perempuan 1 aje... Yayyy nasib baik adik (AN) pompuan...

me & DH ... tak tau nak kata apa....

***

Air Sg Pahang dah tinggi juga hari Jumaat kami balik sana tu.


Sabtu, DH and my FIL pergi tempat sembelih kambing. Kambing ni umur 3 tahun, dari australia. Mahal sikit sebab datang malaysia naik kapalterbang katanya.


Entah2 orang di australia itiew kenal kambing ni kut...? Looks familiar? Ekekeke...


Kalau ada yang tak kenal, inilah umbut. Me tak pernah makan pun sebelum ini sebab ingatkan rasa dia pelik ke...semacam ke...so tak teringin pun nak try. Masa majlis kenduri kahwin kami dulu ada juga masak umbut ni.

Sesekali ku rasa teringin, so aritu me try la makan umbut. Biasa je rasa dia hehehee..nasib baik...


Eh...silap gambar... Tak ada peha AW yang terkorban...tak ada penderaan yang berlaku...walaupun geram tengok peha dia, rasa nak geget2...hikhik



AW tengah tidur masa orang start selawat. Mula2 tu dia dah mencebik2 nak nangis sebab dengar kuat sangat suara makciks selawat + sejuk bila kena tepung tawar. Tapi lepas me pujuk2, cakap2 sikit dengan dia, dia terus sambung tidur sampai tak sedar makciks zasss zasss gunting rambut dia. Last sekali my mil tanya me nak gunting tak, tapi me tak nak. Huhuu sedih la pulak...


Rambut yang terpacak tu dah pendek sikit.

Syukurlah majlis berjalan lancar. Kami buat majlis kecil2an aje, jemput sedara-mara yang dekat dan orang2 kg aje. Ramai juga yang datang...termasuklah orang yang pernah ditangkap oleh orang2 kg sebab mencuri pun datang juga. Hehehee cite betul ni tau. Aje la muka tak tau malu kan...janji dapat makan free. Tak mungkin my FIL jemput dia.

Cuaca pun cerah dan memang panas sangat siang tu. Panas nak hujan, orang kata. Malam tu hujan lebat sangat, takut juga kalau2 banjir...habislah tak lepas balik rumah. Pagi esoknya kami balik sini. Nasib baik tak banjir.