Showing posts with label masak2...makan2.... Show all posts
Showing posts with label masak2...makan2.... Show all posts

Thursday, October 29, 2009

Pandan Cheese Cake

Hari tu kan semasa jalan2 cari resepi saya terjumpa resepi ni di blog Mat Gebu. Teringin nak try sebab resepi ini guna cheese slice, bukan cream cheese.

Inilah rupa pandan cheese cake ku...projek masak2 Ahad lepas.



Yang 2 ketul ni masuk paper cup pastu balut separuh paper cup tu dengan aluminium foil sebab kek ni dibakar secara bain marie.

Sedap tau kek ni. Tak taulah sama tak macam Mat Gebu punya tapi saya punya kek ni texture dia ala2 cheese cake yang dijual di bakery J*sco tu. Sangat lembut. Lain kali boleh buat lagi bila ada tetamu istimewa (atau tetamu yang perasan dia istimewa...hehehee) datang bertandang ke rumah.

AW pun suka. Bagi je kat AW, dia cakap "ashehhhh" then terus duduk sebelum dia makan. Bila dah habis, datang mintak lagi sambil gamit2 tangan dia...nak...nak...bak...bak...

Sedap kan Deena kan...

Heeeee




Monday, October 26, 2009

Murtabak Mini

Lama betul tak update blog sebab "M". Nak bersihkan sawang2 jap....





Ok, boleh start cerita....

Projek masak2 Sabtu lepas ialah murtabak mini inti daging dan kentang. Buat dalam 6 keping saja kut, sebab inti yang lebih tu DH makan dengan lebanese bread.

Murtabak mini ni guna kulit popiah. Dulu2 masa kat Afrika me pernah buat beberapa kali...lepaslah rindu nak makan murtabak. Kes malas nak menguli dan mencanai... :p.

Inti + telur...letak atas kulit popiah.


Lipat


Dah siap lipat


Goreng dengan api perlahan


Siap dan boleh ngappp...!


Me tak buat kuah untuk makan dengan murtabak mini tu. Ekceli makan macam tu aje pun dah sodap (statement orang malas...hehehee). Tapi biasa la kan...saja mengada2 nak makan macam dalam gambar kat atas ni. Makan dengan sos cili. DH kata sedap. AN tak kata apa2 tapi orang lain makan sekeping dia makan 3 keping :).

Ingatkan dapatlah makan murtabak dan popiah untuk minum petang. Sementara me tengah menggoreng murtabak tu, AN perabiskan inti popiah. Dapatlah buat 2 aje...gambar pun tak ambik...



Monday, September 7, 2009

Ayam bakar


Sedap. Resepi kak Hanieliza.

Ini untuk berbuka puasa. Bukan puasa ramadhan tapi puasa ganti hari tu...hahahah.. dah lama perap gambar...cuma tak rajin aje nak posting...



Posted by Picasa

Tuesday, July 28, 2009

Korma Ayam


Dah lama buat korma ayam ni tapi TERlupa nak cerita ;)

Ini bukan style masak korma/kurma ayam guna rempah kurma macam selalu kita masak tu. Resepi ni lain sikit. Me dapat from shinky_pinky, seorang forumer di cari dot com.

Bahan2
1 ekor ayam, dipotong ikut suka
4 biji tomato sederhana besar, dipotong kiub
2 biji bawang besar, dipotong kiub
3 sudu teh bawang putih, ditumbuk halus
3 sudu teh halia, ditumbuk halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan plain yogurt
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukup rasa
minyak masak utk menumis
sedikit air panas utk mereneh ayam

Bahan hiasan: sedikit daun ketumbar, badam atau gajus

Cara memasak:
Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga kuning.
Kemudian masukkan bawang putih dan halia.
Kemudian masukkan ayam. Biar sekejap sehingga ayam kelihatan kekuningan dan naik minyak.
Bila sudah naik minyak campurkan tomato, yogurt, garam, lada hitam dan serbuk kunyit serta tuang air panas (agak2 cukup utk mereneh ayam sehingga empuk).
Biarkan selama 20-25 min dengan api sederhana besar.
Tutup periuk, biarkan sehingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
Bila sudah masak taburkan daun ketumbar dan buah gajus/badam sebagai hiasan.

* kalau tak nak rasa masam yogurt boleh ganti dgn santan. Tak letak santan pun tak apa. Kalau nak berkuah lebihkan air.

* kalau nak guna daging pun caranya sama, tapi lebihkan sedikit bawang putih dan lada hitam utk aroma daging yg lebih menyelerakan. Reneh lama sikit.








Tuesday, July 21, 2009

Carrot cake...lagi...


Malas betul nak update blog, kan... Asyik terlupa saja nak cite pasal carrot cake ni. Buat dah lama. Tengok date kat foto tu...25/5/09.

Kali ini try satu resepi from cari dot com. Baca kat sana, orang yang dah rasa kata sedap sangat. So trylah masa mood R ada hari tu.

Camner ek rasa? Pendapat saya la kan, pada tekak saya... texture macam padat sikit. First time saya makan carrot cake masa "birthday anak tenok" dulu, kek dia lembut...so saya prefer yang macam tu la. Anak tenok pun sambut birthday ke? Hahaha dah mak tenok beriya nak sambut...anak sulung la katakan...hikhikhik. Kejam tak? Taaakkkk.... :)

Ok sambung balik cerita carrot cake. Kek yang ni kalau ikut resepi tu dapat agak banyak. Dan yang penting... Bila buat carrot cake, apa yang penting? Bukan kerjaaaasamaaa... Tapi cream cheese topping tu. Ikut resepi ni, tak cukup lorr icing banyak tu... Huwaaa!!! Kita ni main ikut resepi betul2, tak nak derhaka hehehee...sebab 1st time buat tak tau dapat banyak mana...so tak adalah nak adjust2 ke. DH kata tak cukup (ingatkan DH tak suka). MyNAT datang rumah dan bawa balik carrot cake ke JB pun my mom cakap icing sikit...



Posted by Picasa

Monday, June 1, 2009

Karipap Putar...Karipap Pusing...

Note: Entry ni dah lama peram...cite dah basi...



First time buat karipap putar. Dah lama nak try tapi rasa macam susah aje. Tapi bila dah buat tu...tak de la susah sangat. Me buat inti kari daging cincang dan kentang. Ikut resepi karipap putar dalam buku (saya budak baru belajar :p) so dapat banyak jugalah. Goreng sikit lepas buat petang tu, yang lebih tu freeze-kan.

Kat atas tu untuk breakfast on mother's day (entry dah basi ni...). Yang kat tengah2 tu AN yang kelim. Sibuk me buat karipap dia pun sibuklah nak tolong. Kakak dia tak tolong sebab camner nak tolong...nak tengok pun tak berapa nampak coz masa tu mata dia bengkak, allergic ubat. (Kalau mata dia ok pun tak de dia minatnya nak tolong hehehee...tak macam AN).

Mula2 me tak bagi AN kacau...sebab buat "karipap plastercine" pun tak pernah jadi. Tapi dia nak juga try...so bagilah dia buat. Eh, jadi pulak tu. AN pun happylah sebab 1st try dah jadi. Tak macam mama dia ni...1st try kelim karipap masa dah kerja duluuuu hahaha. Oklah hasilnya for a 9 year old girl...

Then me cakap kat AN, lain kali kelim tu halus sikit barulah cantik. Nak tau apa AN jawab? "Orang dah tolong pun syukur tau..." Hahahaa melawan cikgu la tu... Ish3 tak de siapa pun suruh dia tolong :D

...

For mother's day lunch, DH call Nando's aje... Kan, me dah cakap me malas dan tak suka masak.. DH kata asyik nak ponteng masak aje hehehee. Ooo now Nando's dah say bye2 to plastic bags...






Monday, May 18, 2009

Kacang Goreng Berempah



Resepi Tajmah dari Cari dot com.

First time buat kat sini. Masa tak de kat sini dulu pernah buat 2x. Kes malas la ni... Nak tau sedap ke tidak, cubalah buat sendiri. Me tak reti nak promo lebih2...hehehee...


Thursday, May 14, 2009

Fruit Cobbler



Senang aje buat kek ni. Dah pernah buat beberapa kali.

Resepi dapat dari sini. Ekceli masa me kat Afrika dulu guna tepung "Snowflake". Sekali tu belek2 pada kertas bungkus tepung tu ada tulis website dia...hehehe tak de kerjalah tu semua nak dibelek.

Semasa buat baru2 ni, bila dah tinggal 2 slices tengok2 kek aje ada, peach dah hilang. Me saja2 la tanya kat AN...awak korek eh buah peach tu? Dia kata taklah, dia cucuk dengan garfu... Sahlah memang kerja si AN :D



Wednesday, May 6, 2009

Pulut kuning lagi...


Kali ini sempena apa?

Sempena...DH's request... Hihihii saja2 nak bermanja...dia cakap nak makan pulut kuning for breakfast. Kalau ada jual kat pasar malam pun dia tak pandang, maknanya kena buat jugalah.

Tapi bukanlah makan awal pagi. Siap just in time for brunch, jadi tak payah masak lunch hehehee. Tapi hari tu me masak juga lunch sebab takut ada yang kelaparan. Tapi semua kenyang...DDs pun tak nak makan nasi.

Tengoklah...siap ada yang heart shape lagi. Sentap kak melah tengok ni...


Posted by Picasa

Friday, April 24, 2009

Beef Stew


Buat beef stew untuk makan malam bila entah hari tu...dah lupa... :)






Tuesday, April 21, 2009

Acar Ikan Masin

Aaahhh...saja malas nak update blog kan. Tak de story nak update pun. Hari ni first time try masak acar ikan masin. Terlebih rajin la pula...terus update ni...

ACAR IKAN KERING
sumber : sazylina ramly (RN)

Bahan-bahan (agak2 ajelah bahan2nya kalau buat sikit)
1 kg Isi ikan kurau / talang kering - basuh dan kemudian digoreng macam biasa
RM 2 - cili padi
RM 2 - bawang kecil
RM 2 - bawang putih

2 genggam cili kering }
2 inci halia } diblendkan
2 inci kunyit hidup }
4 biji bawang besar }
Daun kari (4 tangkai diambil daunnya)
RM 1 - Ketumbar (serbuk @ biji) - sekiranya menggunakan ketumbar biji, gorengkan dulu dan blend halus.
Cuka
Gula

Cara Menyediakan
1. Tumiskan daun kari sehingga wangi.
2. Tumiskan bahan blend sehingga garing / pecah minyak. Masukkan gula (biarkan manis) dan kacau sehinga hancur/mendidih.
3. Lepas tu masukkan CUKA dan kacau sampai mendidih. Masukkan isi ikan/ cili padi / bawang kecik dan putih.
4. Cukup sekadar mendidih seketika saje. Tutup api.

Nota : Jangan tambah garam kerana masinnya sudah ada pada ikan.
Sedap dimakan selepas satu hari kerana semua rasa dah bersatu. Makan dengan nasi panas.

Menu ni tak sesuai untuk orang yang nak berdiet...sebab kalau makan sure bertambah. Betul...wa cakap lu...! Dah terbukti dah tadi hehee. DH makan bertambah, dia kata sedap.

Masa tengah masak tu semerbak bau daun kari. DH kata macam bau rumah Luchukumari hahahaa. Siapa tengok Cak2 haritu tau la siapa dia cikgu Luchukumari...

Me buat sikit aje, 1 peket ikan talang masin tu. Tak masin sangat sebab semalam dah rendam, lepas tu terlupa...siap pergi jalan2 beli groceries kat K4 lagi tu. Dah balik rumah baru teringat. Since semalam tak jadi masak, so tadi baru masak. Bahan2 pun main agak2 ajelah sesedap rasa. Biasanya acar ni lepas sehari dua baru rasa lagi sedap. Tapi kalau setakat sepinggan kecik tu, nampak gaya tak sempat tunggu kut...

p/s...tensennya guna hp ni. Tak tau kenapa kamera ada belang2 tu...dah macm pilem dolu2 la pulak. Gambo dia pun kureng...tak cantik. My hp yg biasa guna tu rosak tak boleh charge sebab AW selalu gigit :(. Should have taken this pic with my other hp...tp dah terlambat...acar dah nak habis hehehee. Mintak hp baru la kat DH ;) (dah dapat green light cuma belum ke kedai aje). AN dah booked this hp...



Posted by Picasa

Tuesday, March 10, 2009

Puding Roti

Puding roti simple dan sedap. I like!!

Sambil2 masak lunch, sambil2 tu buat puding roti ni. Tak sempat tunggu sejuk dah ngap...! Makan gitu aje pun sedap. Dalam pun ada tabur kismis juga.

Buat kali ke-2 letak kismis dan choc rice pula. Nyum...nyummmm....



Banyak tu cukup untuk 2 orang makan je kut. "Kakak" tanya, kenapa letak kismis?...dia tak suka... Ehem2, next time me buat lagi nak letak kismis banyak2 biar dia tak makan hikhikhik. Masa 1st time buat tu dia tak komplen pun...dia yang habiskan.

Few days after that buat versi lain...yang ni resepi my kak long. Siat2 roti then rendam dengan susu cair...+ telur, gula pasir...blend semua tu then bakar. Yang ni boleh panggil bingka roti kut ek, sebab dia keras sikit tak perlu guna garfu nak makan tu. Yang ni DH's fav. Dah buat tapi terlupa nak ambik gambo.





p/s...nampak ada banyak roti DH beli tu *wink*wink*

Posted by Picasa

Saturday, February 28, 2009

Donat Suria



Donat Suria

(modified version...sumber: cari dot com)

3 cawan tepung gandum

3 sudu makan susu tepung

2 sudu makan shortening

1 sudu makan butter

1 sudu makan gula castor

1 biji kuning telur

200 ml air suam

1 sudu makan yis


Cara:

Campur semua bahan kecuali air dan butter.

Ramas dan gaul sampai jadi macam serbuk roti.

Masukkan air suam. Uli lagi.

Bila dah sebati tapi masih melekit masukkan butter.

Uli sampai lembut dan tak melekit.

Bulat2kan/bentukkan dan biar setengah jam baru goreng.


Me suka buat donat suria ni sebab cepat. Cepat dimasak, sedap dimakan...

Gambar atas : time nak buat cari donut cutter tak jumpa. Dah siap goreng baru jumpa... biasa la tu kan ;).

Gambar bawah : buat donat ni pada 31Dec08, sempena menutup tirai 2008 la konon2nya. Tengok la tauke donat tu...pipi pun dah bolat macam donat...





Posted by Picasa

Tuesday, February 24, 2009

Kek Batik



Sejak-duamenjak dari dalam pantang asyik berkain batik* aje kan, teringin pulak nak buat kek batik biskut marie ni. Senang saja nak buat.

My version - 1 cawan milo, 1/2 cawan serbuk koko, cooking chocolate sesedap rasa. Atas tu letak topping nipis (cooking choc + butter + susu pekat) so that nampak rata sikit. Kalau tak de topping tu nampak tak berapa cun...ala2 jalanraya kat kl ni yang lekuk sana, lekuk sini...

* ahkak lindt pakai kain batik pas beranak sajork... Bayangkanlah betapa lama tak pakai kain batik since lepas bersalin AN dulu tu :). Nak kena ajar my DDs pakai kain batik. Kalau tak nanti diaorang ingat kain batik ni untuk orang dalam pantang aje...hehehehh


Posted by Picasa

Monday, February 16, 2009

Roti Arab

Macam ni ke roti arab? Ada rupa roti arab tak? Ada yang kembung, ada yang malu2 nak kembung. (Eh mynat, awak jangan terbayang kat "arab krek" pulak taw...miahahaha...)

Hari itu masa jalan2 cari resepi jumpa resepi ni kat myresipi dot com. Tak taulah sama tak resepi dengan yang kawan2ku "ahli2 mesyuarat tingkap" buat. Me buat roti arab ni for brunch. Dapat 19 ketul....eh banyak tu... Memang banyak pun. Separuh goreng bila nak makan; separuh lagi goreng separuh masak, then bila nak makan petang tu goreng lagi sekali.

Mula2 rasa macam donat...hehehee. "Kakak" kata macam donat mama selalu buat aje... Dia dah makan 2 ketul kut bila dengar me cakap2 dengan DH baru dia tanya, ni mama buat?? Masa me menguli pagi tu dia dah pergi prektis silat kut...tu yang tak tau.

Ada daging cincang, so buat kari + mix vege. Then buat sambal sardin. DH and DDs suka makan dengan sambal sardin. Kari tu tak laku pun...

Kari tu buat apa? Untuk mengelakkan pembaziran, jeng jeng jeng...

Kan ada lagi 2 keping roti pita. Apa lagi, jadi topping express pizza la. Ngam2 aje untuk 2 keping roti pita. Ada lebih sikit sosej dah rebus yang buat pizza hari tu...so letak tu juga...hiris bawang besar, lada hijau...tabur cheese... Sedap (siapa lg nak bagi testimoni ekekeke).

Tapi AN tak nak makan sebab dia kata nak pizza "macam semalam" yang letak sosej aje tu. Mengada2 tau AN nih...



Posted by Picasa