Showing posts with label misc.. Show all posts
Showing posts with label misc.. Show all posts

Friday, October 9, 2009

Siapa punya kerja ni??!


Cantik tak corak airbrush kat kereta atas tu?

Itu bukan airbrush, tapi entah siapa gatal tangan pergi conteng kereta DH around maghrib semalam. Spray paint tu kaler gold.

Kereta parking kat luar rumah. Maghrib memang tak keluarlah, duduk dalam rumah aje. Tiba2 anak jiran sebelah panggil saya. Saya kat dapur, DH tengah layan bebe AW tengok tv. So DH yang keluar dan dapat tau kereta dia kena conteng.

Bukan kereta DH saja, tapi semua kereta yang diletak sepanjang jalan ini kena juga. Semuanya 8 buah kereta yang kena (termasuk 2 kereta di jalan lain). Anak jiran sorang lagi ni yang sedar kereta ibu dia kena conteng. Bila tengok kereta jiran2 lain pun kena juga... tu yang panggil jiran2 keluar cek kereta masing2.

Ada satu kereta ni ditulis macam huruf "ta". Kat kereta jiran sebelah ni nampak macam perkataan "Allah" pula. Jiran2 kata dia conteng huruf jawi.

Kat jalan satu lagi tu, yang kena conteng kereta orang melayu. Kereta orang cina yang tinggal antara rumah2 melayu tu tak kena pulak. Oh lupa...dia tau cina tak reti baca jawi kut...sebab tu yang kena conteng tu kereta orang2 melayu saja... hehehe

Seorang jiran ni telefon polis. Polis datang... tak taulah apa polis tu cakap kat jiran tu. Lebih kurang pukul 10.25 pm ada polis lain datang dan ambil gambar kereta2 yang diconteng tu, termasuklah kereta DH.

Tak ada seorang pun nampak siapa yang menconteng. Kereta DH kena kat body kereta dan sikit kat cermin. Ada yang kena banyak kat cermin dan sikit kat body. Ada jiran tu baru saja cat kereta dekat2 nak raya hari tu...dua2 kereta dia pun kena.

Ada sebuah kereta buruk dah rosak kat depan kereta DH tu tak dicontengnya pula...

Jiran sebelah ni nampak yang last lalu depan rumah dia sebelum sedar kereta diconteng ada 3 orang kanak2 pakistan selalu main kat padang depan ni. Selalu la nampak kat situ, sampaikan jiran tu kata budak2 ni tak ada rumah ke? Hehehe. Yang diconteng tu pulak huruf jawi...macam baru nak belajar menulis aje... Entahlah tak ada saksi susah juga kan.

Nasib baiklah kereta saya tak kena walaupun letak luar gate rumah. Mungkin sebab kereta saya lebih kurang sama kaler dengan spray paint dia tu. Eh malam2 gelap, saya nak cek pun tak nampak...baru pagi ni cek kereta saya nasib baik tak kena. Kalau gelap mana dia tau kereta saya lebih kurang kaler cat dia tu...melainkan dia selalu lalu kat sini... kan kan kan...?

Atau mungkin juga bila dia datang dekat dengan kereta saya spotlight kat rumah ni menyala kut, so tak jadi takut orang nampak. Lampu tu guna sensor, kalau ada kereta atau orang datang/lalu lampu tu menyala. Bukan orang je, kucing datang pun dia menyala hehehee

Tak taulah pula kalau2 orang itew yang conteng sebab tak dapat "boiled water...plain water...sikit sugar and tea" kut... Hahaha siapakah perempuan itew? Perempuan misteri bertudung hitam itulah. Saya dah tau siapa orangnya. Nanti lepas dapat snap gambar muka dia saya wat entry khas ditujukan kepadanya dengan ucapan "bila nak balik HOMETOWN?" ekekeke....




Posted by Picasa

Wednesday, September 2, 2009

Entry malas

Lama sungguh tak update blog ni kan...ala2 dah lupa ada blog sendiri :P. Malas betul nak update...tak taulah apasal (buat2 tak tau pulak...) h a h a h a <--gelak orang malas ...

Jangan tak tau, hampir tiap2 hari masak pun kali ni boleh langsung tak ambil gambar masakan sempena berbuka puasa. Masak biasa2 aje tak de yang special pun...tapi selalu tu kan rajin posing2 makanan, tapi kali ini temanya...M A L A S. Ish3 teruknya...

Kat bawah ni gambar tote bag versi malas sempena hari malas sedunia yang diraikan setiap hari hehehee. Me buat beg ni for AN, dia isi pakaian sukan bawa ke sekolah. Bawa sekali je, pastu dah puasa so tak bawa la buat masa ni.



Kain tu dah lamaaaaa sangat beli, sampai dah terlupa pun. Her kakak request suruh buatkan 1 untuk dia. Kain dah dipotong tapi belum jahit2 lagi sebab...lu fikirlah sendiri... ahaks!



Friday, July 24, 2009

Dalam harian metro hari ini...

Gadis Demam Hangus

AMPANG JAYA: “Memang teruk, wajahnya hangus sama sekali...ini pengalaman pertama saya. Selama ini saya tak pernah lihat mayat rentung,” kata Salim Ngah, 53, antara saksi terawal dalam kejadian kebakaran meragut nyawa seorang gadis berusia 28 tahun di sebuah rumah teres tiga tingkat di Taman Dagang di sini, semalam.

Dalam kebakaran jam 4 petang itu, mangsa, Ester Chong Sook Lee, 28, ditemui terlentang dan rentung di dalam bilik tidurnya yang terbakar di tingkat satu rumah berkenaan.Ketika kejadian hanya mangsa dan datuknya yang berusia 70 tahun dalam rumah itu manakala keluarga lain keluar bekerja.

Salim yang juga jiran mangsa, berkata dia mendengar kekecohan ketika berehat di ruang tamu rumahnya. Berita selanjutnya.... Gambar pun ada.


Kejadian semalam. Kira jiran la ni...sebab dekat dengan my house, kat jalan belakang ni aje. Dekat2 4 pm DH keluar nak pergi jemput DD kat sekolah, dia lalu depan rumah tu tengok asap tebal. Jiran sebelah rumah dia tengah nak alihkan kereta. Bila DH balik tengok jalan depan rumah tu dah tak boleh lalu sebab ada kereta bomba, polis dan kat gate rumah pun polis dah letak tape kuning tu. Reporter pun ada.

Saya kat rumah tak dengar pula bunyi siren bomba. DH ada selisih dengan bomba tu masa dia on the way nak ke sekolah DD. Agaknya me tido kut time tu hehehe...me puasa pastu pening kepala teramat sangat, asyik tido ajelah semalam.

Bila me nak ikut DH tengok rumah terbakar (mcm budak2 lak suka sibuk2 tengok rumah terbakar hahahaa) ada 1 lori ni lalu. Cina driver lori tu yang beritahu ada orang mati. Kami tak pergi dekat2, tengok dari jauh aje.

Ada jiran kata dia mati bakar diri. Dalam paper punya cerita dia demam dan terperangkap dalam asap. Tak taulah mana yang betul. Speku...speku...myNAT kata dia pasang lilin aromatherapy agaknya...maybe...hehee

Bilik yang terbakar tu sebelah belakang. Tengok gambar dalam metro, yang ber-awning dan tutup kanvas tu kat belakang rumah. Kalau itu dapur rumah mereka, bilik yang terbakar tu atas dapur.

(Ada sorang pelakon tu pun dulu2 rumah dia buat macam tu juga...belakang pasang awning dan letak kanvas aje jadikan dapur... jimat bajet kan. Sekarang tak taulah sebab sejak tak kerja, tak naik LRT ni dah tak lalu belakang rumah artis tu... Waaahhh...tetap nak cerita walaupun tak de kena-mengena dgn berita ni hehehee)

Rumah asal dapur di tingkat 1 sebelah depan. Banyak rumah dah renovate extend belakang rumah buat dapur. Tak taulah yang ada awning tu mereka buat dapur ke bukan. Semalam tak perasan pula tingkat 1 depan dapur atau dah ubah jadi bilik.

Malam semalam DH lalu depan rumah tu sewaktu nak hantar DD ke tusyen. Rumah tu gelap aje, gate tak tutup pun. Rumah tu betul2 mengadap simpang jalan. Setiap kali kami nak keluar memang kena berhenti opposite rumah tu tengok kereta kiri kanan, baru boleh keluar.



Friday, June 19, 2009

Pesanan khidmat masyarakat

Apa punya tajuk daa...heheheee

Ni ahkak lindt nak pesan ni... nak pesan/ingatkan/warning kepada semua driver kat luar sana.

Nampak tak lubang besar dalam gambar kat bawah ni?




Gambar ni me ambik di ESSO yang dekat dengan Kipmart, Tampoi, JB. Kalau berdiri kat belakang ESSO tu nampaklah Kipmart kat luar pagar belakang. Ha, kat situlah. Orang JB taulah. Orang yang jarang2 balik JB mungkin tak tau hehehee.

ESSO Jalan Tampoi la kut alamat dia. Me tak sure sangat nama jalan tu, tapi jalan tu memang busy la. Ada 2 ESSO - 1 kecik dan yang sebelah lagi tu besar sikit ada Tigermart. Yang gambar2 atas tu kat ESSO yang ada Tigermart.

Hati2 ye sebab lubang yang sebesar tayar lori dan dalam nak dekat 1 kaki tu tak ada penutup. Lubang tu kat belakang, area lori isi minyak. What happened? Tayar kereta my hubby pecah sebab termasuk dalam lubang tu. Manalah tau lubang tu dalam.

Kami pun hari tu first time pergi sana. DH nak beli air, so nak cari parking. Kat depan semua parking penuh. Dia ingat nak pusing ikut belakang tu. Sekali tu terlanggar lubang tu terus pecah tayar depan sebelah kanan. Rim tayar pun bengkok sikit. Lubang tu punyalah besar. Kalau orang naik motor harus jatuh terus posing tertonggeng dalam lubang tu. Lupa pulak nak suruh DD berdiri dalam lubang tu...boleh la tengok dalam tak dalamnya lubang tu. Kalau isi air boleh buat macam besen mandikan bebe AW kut...!

Semasa nak tukar tayar, DH cari2 tools dia tak ada...dah hilang. Kena curi kut? DH memang ada 1 set dari kereta yang dulu, dia simpan dalam kereta ni. Bila nak guna cari2 tak ada. Agaknya hilang semasa kereta "tido" 1 malam di bengkel Shell dekat dengan pasar larkin.

Ada sorang encik roy yang kerja kat esso tu dia boleh tersengih2 bila tengok tayar kereta DH pecah. Bila DH tanya dia ada tak tools nak tukar tayar (nak pinjam), cepat aje dia jawab "tak de..tak de...". DH bengkek aje dengan encik roy tu...eksyen semacam...

DH pening kepala gak tu. Dah la the day before masa kami nak cari breakfast, tiba2 driving belt kereta tu putus. Dah alang2 masuk workshop buka sana sini DH pun suruh servis/tukar yang lain sekali. Kat situ je RM800+ terbang...itu pun lepas 10% discount. Petang tu kereta dah ok, tayar pula pecah. Tu barulah namanya jalan2 cari pasal...ahaks.

Ada la 3 orang driver lori ni yang baik hati tolong kami tukar tayar. Terima kasih kepada encik2 semua. Driver lori tu kata dah banyak kereta yang pecah tayar sebab terlanggar lubang tu.

Dah selamat tukar spare tyre, DH ucap terima kasih kat 3 orang driver lori tu + encik roy juga. Bila DH cakap kat encik roy, patutnya letak kon ke bagi warning kat driver, encik roy jawab "alah dah letak dah dulu...2 hari je tahan... Dah banyak dah kereta yang kena..." Ek eleh apa punya attitude la. Nasib baik la kami tak kenal orang tu. Kalau kenal, malu nak mengaku...kan? Encik roy tu nama manja bagi perut dia yang boroi tu ler...

Encik roy, nasib baik la saya tak ambik gambo encik roy tepek kat blog ni. Kalau tak...harus femes for the wrong reason. Patutnya me ambik gambo perut dia yang boroi tu aje pun cukup...tak muat frame blog ni nanti kalau ambik gambo penuh sebab perut "boroy" tu aje dah "penuh".

Kalau sesiapa singgah ke esso dekat2 kipmart tu carilah encik roy...kut2 ada yang nak berkenalan..huhuu. Perut boroi, keje dia catit entah apa kat clip board kat tempat lori2 isi minyak. Sementara tunggu lori isi minyak dia lepak jap kat tepi, hisap rokok. Cewah, perhati habis ni... Maklumlah ahkak lindt pun bengang gak dengan dia time tu.

Pihak management stesen esso tu patut lebih bertanggungjawab. "Dah banyak kereta lain yang kena" bukan alasan tak nak letak penutup tu. Penutup yang lain ok aje, apasal penutup yang satu tu aje tak tahan?

Yang paling2 membuatkan me bengang ialah tak dapat shopping kain kat ja**l...huwaaaa!!! Sebelum tu pergi plaza angs*na nak cari kain. Tiba sana tengok2 blackout. Patutlah car park malap aje. Tunggu 15 minit, then ajak DH pergi ja**l. Tak pernah pergi ni, main redah ajelah.

Dah tu tayar pecah pulak. Terus hilang mood nak shopping kain. Lepas dah tukar spare tyre, kami pun cari kedai tayar sebab masa tu dah 7.30 pm, takut kedai dah nak tutup. Nasib baik jumpa satu kedai tayar ni. Memang pecah, kena beli tayar baru yang harga(baru) di JB lebih mahal daripada harga kat KL.

Mana tak bengang + bengkek kan...sebab betul2 depan kedai tayar tu kedai ja**l...!! Dan juga kedai tudung ar**ni... Cina kedai tu tanya, kak tak nak pergi beli kain? sekarang tengah sale.. Me cakap, duit dah lari ke sini (kedai dia...). Mood nak shopping terus hilang masa tu. Itu la kan, puasa pun belum habis ganti dah sibuk nak cari kain nak buat baju raya...patutlah tak dapat...hikhikhik...


yang bengang tak dapat beli kain,

Wednesday, June 17, 2009

Selamat Pengantin Baru...

...kepada cik adik manis, MUS @ Mrs Shafiz. Semoga berbahagia selalu di samping cik abang tersayang. Pheewiiittt!!

Ribuan terima kasih diucapkan
atas kad undangan yang dikirimkan


Mahap le ahkak Lindt tak dapat datang. Nak sangat pergi kenduri Mus hari tu. Maklumlah dah lama tak jalan2 ke Penang. Tapi as usual, cuti sekolah DD sibuk dengan silat... Grrr...!

Ahkak Lindt tak de pun meriah juga kan majlis Mus...ekekeke. Meriahnya terasa sampai ke sini...sebab kat sini pun ada pemain kompang taw...

pang pang kompang kompang...


7 Jun tu my doter ada persembahan silat sempena majlis khatam silat. Dia belum khatam lagi...sebab dah lama tak turun prektis...





Yang lompat gelung api tu my doter tak terlibat, cuma boys.
.
Ada sorang budak tercedera. Dia tersilap step, langgar gelung api tu, gelung tu jatuh atas tilam dan dia pun jatuh atas tu kut. Menjerit semua orang yang tengok. Cepat2 mereka yang kat tepi tu padamkan api pada seluar budak tu dengan kain basah dan terus jirus budak tu dengan sebaldi air (ekceli kereta bomba pun ada kat tepi tu hehehee). Panik kut...sebab kata DD masa prektis tak de api.

Banyak lagi gambar yang lebih clear dalam camera DH. Saja me malas nak upload :P



Thursday, June 4, 2009

Misteri wanita bertudung hitam

Cewah, tajuk misteri sungguh...
.
Entry kali ini lain sikit. Lain macamana? Lain macam...hehehee
.
Nak cerita ni, kisah benar pada Ahad 24 Mei 2009.
.
Masa tu dekat2 pukul 3 pagi. Yes, 3 AM...DH belum tido lagi. Biasanya time tu kami semua dah tido, tapi hari tu DH terlebih rajin. Dia tengah mengadap laptop, nak cuba betulkan handphone dia yang rosak tu. Rosak sebab apa? Sebab ni...
.

Budak ni suka sangat gigit hp sampaikan our SE hps dah rosak. Hp mainan tak nak ok, nak hp betul yang ada bateri...hp tak de bateri pun dia tak nak. (Yipee! Me dapat new h/p, thanks to bebe AW *wink* ). Tapi sayang juga sebab SE tu DH beli kat Dubai masa dia kerja kat sana dulu. Dia kerja dengan telco, bawah building tu ada kedai jual hp...so staff/contractor dapatlah harga murah sikit daripada harga kat luar.
.
Ok sambung cite... DH kat tingkat atas, kat meja dia di tepi tingkap dalam bilik komputer cum bilik menjahit cum bilik simpan buku cum bilik urut badan dengan kerusi os*m....hahahaa multi-purpose room gitu....
.
Around 2.50 am, DH dengar bunyi bising di luar. Dia ignore aje sebab ingatkan kucing. After 5 mins dengar lagi, bunyi kuat lain macam so DH jenguk keluar tingkap. Tengok2 ke bawah dia terkejut bila nampak ada sorang pompuan bertudung hitam duduk kat tembok kecil luar gate rumah kami. Kami panggil tembok...tak taulah kalau ada istilah lain. Yang macam dalam gambar pinjam dari cik gugel ni lah...


DH kata pompuan tu pakai tudung tapi dia tutup separuh muka dia dengan tudung...means nampak mata ajelah. Takut orang kenallah tu. Lampu kat porch terang, baru ganti bulb so boleh nampak sampai ke gate hehehee.
.
Lepas tu kata DH pompuan tu bangun dan lintas jalan, pergi kat tepi kereta DH. Kereta DH park kat seberang jalan depan rumah ni. Pompuan tu pergi kat belah yang terlindung then dia cangkung kat situ. Tak taulah apa dia buat kat situ. Entah2 dia sedar DH nampak dia kut...try nak menyorok...
.
DH pun padamkan lampu bilik pc ni, then dia intai lagi dari balik langsir. Bilik pc cum bilik mengintai juga hehehee. DH ingatkan pompuan tu nak curi kereta ke. Agaknya pompuan tu tengok lampu dah padam, dia pun datang balik dan duduk kat tembok tu. Muka dia still bertutup dengan tudung nampak mata aje...dia guna tangan...maknanya bukan pakai purdah gitu.
.
Then DH turun, kejutkan saya. Dia kata takut nanti saya tak percaya lak :P. Tengah mamai bangun tido tu, saya cuma dengar DH cakap "ada orang pompuan - duduk luar gate - hitam - orang Botswana". Saya pun ikut DH naik atas, menggeletar lutut gak ni...hati berdebar2. Tengok jam dekat2 3.05 AM.
.
Saya intai ke bawah, nampak la pompuan tu duduk diam tak buat apa2 kat luar gate tu. Tak dengar bunyi apa2 pun, so saya agak dia duduk diam2 ajelah. Saya tak tau yang pompuan tu pakai tudung hitam. Sebab tadi dengar DH sebut Botswana, so saya pun fikir ooo patutlah hitam...orang Botswana... hahahaa. Orang afrika mana lak sesat sampai sini...
.
Then DH kata, kita ambik lampu suluh besar, suluh pompuan tu nak...pastu kita ambik gambar dia guna hp. Saya tak setuju @ takut sebenarnya. Buatnya muka dia tak macam orang ke... Takpun bertudung tapi tengok2 ada misai sebab tu dia tutup aje...rasa2nya macam tu pun boleh terkejut saya dibuatnya hehehee. Saya kata baik kita call polis. Saya pun turun ambik hp, DH turun ambik cordless phone w'pun kat bilik pc ni ada telefon. Tak ingat pulak saya ada save no. telefon IPD dekat rumah ni dalam cordless phone tu.
.
So DH pun call polis. DH guna cordless phone, sambil bercakap tu dia jalan2 dari bilik pc ke bilik solat cum bilik gosok baju. Hahaha pening tak banyak sangat multi purpose room kat rumah ni kan? Ekceli dulu bilik gosok baju tu dapur lama, bila reno rumah kami buat dapur kat tingkat bawah. Bila reno kali ke-2 kami sambung buat 1 bilik lagi atas porch. Dapur lama jadi bilik gosok baju. Baru2 ni saya kemaskan bilik tu, alih sofa ke bilik pc jadilah bilik solat pulak. Jangan pelik pulak...sebab rumah sini asalnya memang dapur kat atas.
.
Ok sambung lg. Ada iklan lak tadi ek...
.
Semasa DH tengah cakap dengan operator polis tu kut, dia jalan sana sini. Saya signal kat DH, jangan pergi kat bilik pc nanti pompuan tu dengar (tingkap terbuka). Bila DH cakap dengan polis dia jalan lagi sampai separuh bilik pc tu. DH beritahu polis ada sorang pompuan mencurigakan duduk luar gate rumah kami. Pompuan tu mesti dengar suara DH sebab dekat2 DH nak abis telefon tu saya dengar cepat2 pompuan tu ambik beg dia dan jalan arah ke surau.
.
Pompuan tu pakai baju kurung hijau dan bertudung hitam. Alaa tudung yang orang sekarang pakai ni...ala2 tudung ekin tu you... Tangan kanan dia pegang beg plastik...dalam tu nampak ada 2 barang sama saiz berbalut kertas. Benda apa tatau, tapi saiz macam kek pisang yang panjang tu. Hikhikhik tiba2 masuk kek pisang ni... Ahkak Lindt gigih menaip pagi2 ni, belum bekfas lagi...lapar la pulak :P. Tangan kiri dia bawa beg plastik ke kanvas ntah macam ni .


Ooo patutlah DH sebut Botswana. Sebab masa kami kat Botswana dulu ramai orang sana bawa beg ni. Tak kiralah orang local ke, orang China berniaga kat market pun isi barang dalam beg macam tu juga. Naik kapalterbang pun mereka bawa beg tu.
.
Rupanya2 DH cakap "beg orang Botswana". Saya ingatkan pompuan tu orang Botswana... ye2 aje saya tengok ooo hitam...rupa2nya tudung dia yang hitam tu.
.
Lebih kurang 5 min lepas call tu 2 orang polis pun tiba naik kereta peronda. Tapi pompuan tu dah blah. So kami pun keluarlah, cite kat polis tu bla bla bla... Terima kasih encik polis :D
.
Yang kami pelik tu, apa pompuan tu buat kat depan rumah kami? Dalam banyak2 rumah kenapa rumah kami?? Kalau sesat ke, penat nak tumpang duduk, kenapa tak duduk kat tepi padang ada meja/bangku batu. Rumah corner lot kat sini tu pun nak jual, kat situ pun ada tembok luar gate tapi dia tak duduk situ sebab betul2 bawah lampu jalan kut. Kalau tak de tempat tido ke, tumpanglah surau ke kalau takut nak duduk kat kerusi batu kat playground depan rumah ni kan.
.
Agaknya sebab tempat dia duduk tu kira strategik kot...terlindung dari pandangan orang. Betul2 depan rumah kami tak de lampu jalan. Kereta saya pula parking luar gate, macam arah ke gate. Jadi kalau dia duduk situ terlindung la kalau ada orang datang dari depan takkan nampak dia.
.
DH kata agaknya terlepas feeder bus kut lepas turun LRT. Last train pukul berapa, masa tu dah pukul 3 daa. Lagipun tak de bas masuk dalam kawasan taman ni. DH kata mula2 dia ingatkan orang kutip barang lusuh, tu yang dia tak cek. Saya kata takkan pukul 3 pagi...kurang2nya pukul 6 pagi baru la logik...
.
Heran juga sebab pagi tu sunyi sepi...tak ada langsung bunyi kucing, tikus tak pun anjing menyalak. Semasa pompuan tu blah dari rumah kami, tak taulah dia pergi ke surau ke ke mana. Tapi rumah corner dekat2 surau tu ada anjing, pun sunyi sepi. Mungkin anjing apek tu pun tengah nyenyak tido time tu hehehee. Bebe AW pun kadang2 time tu dia bangun nak menyusu, tapi hari tu dia tido nyenyak sampai ke subuh.
.
Lepas tu saya tak dapat tido sampai ke pagi.
.
The next morning cek juga bawah kereta kot2 dia letak/tinggalkan apa2. Tapi tak de pula. Saya pasti tu orang, bukan "bukan orang"....
.

Tuesday, June 2, 2009

AN's birthday

17 May 2009. DH bawa kami ke the Mi*es dan suruh AN pilih nak lunch kat mana. AN pilih KRR.

Me malas buat kek, so beli ajelah. Me cuma beli lilin no. 9 tu kat Te*co hehehe. Malas nak buat sebab pagi Sabtu pukul 6 dah ke dapur buat kek untuk AN bawa ke sambutan hari guru sekolah agama dia (start pukul 8 pagi). Me set alarm nak bangun pukul 5, bebe AW yang terjaga. Kalau dia dah bangun memang tak jadi kerjalah jawabnya.
.
.
Budak ni pun sibuk nak makan, walaupun gigi baru ada 2 batang...
.
.
Budak kecik, kek pun kecik la...
.

Sebelum keluar rumah me sempat timbang berat badan dulu hihihii. Kalau tengok gambar atas tu, mustahil berat tak bertambah kan. Tak payah timbang pun tau dah...

The handbag card is for AN. Me bangun pagi lepas subuh tu teruslah buat kad tu. Maklumlah keras tangan...rasa lama betul nak siapkan...sampailah AN bangun tido. Dah tu asyiklah tanya kad tu untuk siapa. Me cakap, untuk kawan xs mama. Dia kata kan dia dah minta dulu... I guessed dia tau kad tu untuk dia...saja je tanya.


*****

Mak budak dapat kek besar...hehehee

untung jadi mak budak...

yang tak untungnya, badan pun makin besar...

(Note: gambar March 2009)

Wednesday, January 7, 2009

10 Muharram...Hari Asyura

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 Januari 2009)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali.
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

***


Hari ini juga birthday yours truly.... I was born on Friday, 10 Muharram many, many, manyyyyyy years ago. Lenguh nak menyebut...baik tak payah kira...
Mungkin sebab itulah diberi nama pun ala2 asyura *wink*.
Kalau tengok tahun hijrah time tu terasa macam purba sangat la pulak kan...ekekeke. Umur pun jadi extra setahun dpd sekarang ni...




Friday, December 12, 2008

Oops! I did it again...

Hikhikhik...atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, terpaksa pindah rumah lagi. Malas pulak asyik nak menebas rumput kat rumah aritu. Lagipun baru notice ada some things missing...mungkin tersorok dalam rumput yang panjang itiew...

p/s...nampak sangat tak de keje kan kan kan...


Tuesday, November 18, 2008

Cantik tak?

Sangat cantik, kan? Baju baby AW ni dihadiahkan oleh Gee. Oops... Gee (+ her 1 piece), Salmi (+ 2 pc) and Ain....hehehee. TQ sekali lagi. Untungnya bebe D ada mummy yang pandai jahit menjahit ni.



Kena tunggu cuti sekolah baru boleh pakaikan AW baju ni, sebab her "stylist" @ AN cuti so boleh tolong...hehehee. Hari tu pakaikan sekejap aje untuk posing2 ni. AN pun dah selalu tanya bila nak pakaikan baby baju baru ni.
.
Ahad lepas pakaikan sekejap AW baju ni.



Model tu baru lepas mandi, dah lapar nak susu. Suruh model lapar posing2, tu yg melalak tak hengat...
.
Masa ni rasanya AW nangis paling kuat sejak dia lahir...ekekeke. AW ni bukan jenis yg kuat menangis...nak tidur, senyum....bangun tidur, senyum. Tapi kalau dia dah nak susu tp me buat tatau aje, time nak bagi tu dia "cakap2" dulu...aaa aaa...komplen la tu kut...?


Tuesday, November 11, 2008

Wa kena tag...

Hani tagged me...hampir terlupa nak jawab... Maklumlah buat2 busy kan nowadays ni...

  1. The rules of the game get posted at the beginning
  2. Each player answers the questions about themselves
  3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

Starting time : 10.10 pm

Name : Lindt
Sisters : 4
Brothers : 1
Shoe size : 5/6
Height : 158 cm

Where do you live : rumah la...takkan atas pokok...

Have you ever been on a plane : yes
Swam in the ocean : no
Fallen asleep at school : no
Broken someone’s heart : entah ek...ada kut...hehee
Fell off your chair : no

Sat by the phone all night waiting for someone to call : yes, zaman2 dolu kala.. hehee
Saved e-mails : sometimes
What is your room like : err, which room?
What’s right beside you: my bebe
What is the last thing you ate : brownies

Ever had…
Chicken pox : yes
Sore throat : yes
Stitches : yes
Broken nose : no
Do you Believe in love at first sight : no
Like picnics : yes

Who was/were…
The last person you danced with : my bebe...sehati berdansa gitew...
Last made you smile : bebe AW
You last yelled at : AN...huhuu kesiannnn AN...

Today did you…
Talk to someone you like : yes
Kissed anyone : yes
Get sick : nope
Talk to an ex : nope
Miss someone : yes, my mom...called her this morning :)

Who do you really hate: "ayam serama yg pernah duduk atas tin biskut" - myNAT knows who ekekeke...
Do you like your hand-writing : sometimes - ikut mood masa menulis...
Are your toe nails painted : no

Whose bed other than yours would you rather sleep in : mom's
What color shirt are you wearing now : grey
Are you a friendly person : hmm tak kut...pendiam...hehee
Do you have any pets : no
Do you sleep with the TV on : sometimes
What are you doing right now : lagi mau tanya ka??
Can you handle the truth : yes

Are you closer to your mother or father : mother

Do you eat healthy : yes. eh, no... err...i think so...
Do you still have pictures of you & your ex : tarak ex, y or z...hahahaa. DH's my one & only.
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : my DH
Are you loud or quiet most of the time : quiet
Are you confident : sometimes

5 things I was doing 10 years ago
1. married with 1 daughter
2. pindah rumah
3. still working
4. got promoted
5. dok berangan nak berhenti kerja...

5 things I would do if I were a billionaire
1-5 anything & everything...except answering this tag...boleh gitu??

5 of my bad habits
1. suka bertangguh
2. kdg2 malas
3. moody
4. hot tempered hikhik
5. kdg2 pendendam...tp tak la over mcm ju-on tu...! Kalau terpaksa, ku pendam dalam diam, ada masa balas balik...yeehaa!

5 places I’ve lived/living
1. Muar
2. JB
3. Kuantan
4. Setapak
5. Ampang

5 people I tag

1. Salmi

2. Index

3. Ain

4. Shinky

5. Mas







Friday, October 24, 2008

Cerita raya lagi...

Tahun ni kami tak buat open house...sebab memang tak pernah buat pun...hehehee. Hari Jumaat tak ingat tarikh, kawan2 anak yang sulung ni nak datang beraya. Hari tu DD cuti sebab PMR.


Si kakak ni kata, tak payah sediakan makanan yang heavy2 sebab kawan2 dia beraya rumah kat a few other houses juga. Rumah kami maybe rumah ke-3 dalam siri lawatan sambil beraya... Oklah, sediakan apa yang ada sajalah. Nak masak2 pun tak confirm berapa ramai yang nak datang.
.
So just hidangkan kuih raya, tembikai dan honeydew macam gambar yang blur kat bawah ni. Masa ni tengah kelam kabut nak hidangkan kuih-muih, tidurkan baby, si kakak pulak tengah siap2 nak keluar sekejap jumpa kawan2 nak bawa ke rumah sebab kawan2 tak tau rumah yang mana satu. DH masa ni pergi solat Jumaat, lambat pula balik. AN sekolah hari tu.

Bila tanya kat DD berapa ramai yang nak datang, dia pun tak sure...dia kata dalam 5,6 orang kut...semua girls sebab boys pergi solat Jumaat. Bila kawan dia call beritahu dah dekat nak tiba rumah, kata dalam 12 orang. Bila dah tiba rumah tengok2 mungkin lebih 20 orang yang ada...kawan2 sekelas DD + kelas sebelah.
.
Me buat brownies (ramai pula yang minta resepi...) dan agar2 nescafe. Bila diaorang dah balik, baru teringat agar2 kat dalam fridge, terlupa nak hidangkan...! Hai...si kakak pun boleh tak perasan agar2 tak de, padahal dia yang dok susun agar2 tu dalam pinggan.
.
Masa tengah ramai orang kat rumah, baby AW tidur aje. Sekejap2 dia terjaga sebab bising dan ada saja orang nak dukung dia.
.
Dalam ramai2 boys tu, ada gak yang jeles tengok rambut AW. Apa taknya...tidurlah dari pagi sampai ke malam pun, rambut dia...masih terpacak...


Lepas semua orang dah balik, me tengok kat luar ada ni...

Pelik juga...selipar jepun siapa yang tertinggal tu? Me cek kat dalam toilet, kut2 ada orang terkunci kat dalam ke kan, tapi tak de pun.

Entah siapalah yang balik berkaki ayam... Nak kata kut2 tersilap, balik pakai kasut DH ke tak mungkin sebab selipar tu kecil, kasut DH size besar. Tanya kat si kakak dia pun tak tau. Ada few boys datang naik basikal. Takkanlah naik basikal tercicir selipar pulak kan... Mungkin juga selipar tu buat pakai ke masjid dan ada bawa kasut raya sekali untuk pakai beraya...

Sesiapa yang tercicir selipar tu, bolehlah SMS ON selipar ke 68000...muahahaha




Wednesday, October 22, 2008

Raya pertama baby AW

Nak cerita pasal baby AW's first raya. AW bukan A&W taw.... Sedapnya kalau dapat minum root beer float A&W masa hari panas, kan. Ish ish ish nasib baik sekarang ni musim hujan (statement nak sedapkan hati...padahal tak boleh sebab dalam pantang ekekeke...)

Tapi sebelum tu nak tunjuk gambar satu-satunya biskut raya yang saya buat tahun ni, biskut sarang semut. Favourite anak2. Tu yang asyik tanya mama tak buat kuih raya ke tahun ni? Tanya ada maknalah tu...macam tak nampak me tengah sarat masa tu. Bila cakap kat DH nak buat kuih raya je dia kata 'jangan nak mengada2' hahahaa. Agaknya dia tak bagi buat sebab takut buatnya saya sakit nak bersalin masa rumah tengah bersepah dengan bahan2 buat kuih...nanti dia juga nak kena kemas kut... :-p



Biskut sarang semut, resepi kak Hanieliza. Buat 2 adunan. Adunan pertama lepas saya sukat bahan2, suruh si kakak bancuh. Adunan ke-2 AN yang bancuh. AN rajin aje nak tolong. Dia yang sibuk ajak buat kuih sebenarnya. Lepas bancuh adunan, kerja parut-memarut, tabur choc rice semua tu saya suruh AN dan kakak buat. Nak sangat buat kuih raya, kenalah tolong mama. Biskut ni buat 2,3 hari sebelum raya. Buat waktu malam lepas anak2 balik sekolah. Kat sekolah pun tak belajar, so tak ada homework. Tapi time nak buat kuih inilah baby AW tak nak tidur. Kalau tidak dia tidur nyenyak, bunyi mercun pun dia tak layan...

Ni aje kuih yang ada raya ni...kuih buat, odasaja dan tunjuk2. Kek marble tu saya buat malam nak raya. Kek coklat kukus tu pula buat tengahari raya pertama masa baby tidur.

Orang sibuk beraya, saya sibuk buat kek pulak raya pertama. Maklumlah tak de mood beraya, dalam pantang so tak dapat balik kampung. Sedara-mara kat kl pun semua balik kampung...jiran2 pun balik kampung juga. First time raya kat kl. Budak2 pun tak ada datang beraya @ buat collection. Memang betul2 sunyi...serupa macam raya kat Afrika...! Layan tv ajelah.

flashback...cewah...

Kami pernah 2x raya di Afrika. Juadah raya dan kuih raya 2,3 jenis tetap buat...walau di mana kami berada ni hehehee. Tak pernah jumpa orang M'sia kat sana, jadi raya ber-4 ajelah. Kali pertama - raya hari sabtu atau ahad, tak ingat pula. Solat raya buat di padang kriket sekolah DDs. Lepas kami makan2 kat rumah pagi tu, buat apa lagi...tengok TV. Then keluar window shopping kejap (hari sabtu kedai tutup pukul 1, ahad banyak kedai tutup). Semangat raya tetap ada...me pakai kebaya dan anak2 pakai baju kurung. Orang sana pandang atas bawah, tak pernah tengok baju orang melayu kita ni kan. Nasib baik DH tak pakai baju melayu... Masa tu ahkak lindt rasa macam ratu kebaya sesat di afrika taw....cuma tak buat lambaian ala2 ratu tu aje...ekekeke

2nd time raya - kena hari bekerja. Pagi tu lepas solat raya, DH pergi ofis. Dia balik sekejap around 10 am untuk makan. Lepas tu tengahari dia pergi balik ofis sebab kat sana bukan public holiday. Sekolah DDs aje cuti 2,3 hari sebab mereka sekolah kat muslim school. Punyalah boring raya masa tu.

sambung cite...

Disebabkan raya yang boring pada tahun ini, saya terlupa nak snap gambar juadah raya. Ha sampai gitu sekali tahap ke-boring-annya...hehee. DH ada snap gambar, tapi entah dalam kamera mana, takpun kat HP dia. Kami masak nasi impit, kuah kacang daging, rendang ayam dan kari daging. Masak sama2. Sebelum raya aritu, DH yang masakkan untuk saya lauk2 orang dalam pantang ni. Dekat nak raya, DH kata...cakap je macamana nak masak, biar dia yang masak. Tiba malam nak raya dia kat dapur tapi tak start2 masak juga. Last2 siapa yang kena masak? Ahkaaaakkk jugak... Start dari malam raya tu la ahkak lindt kena masak sendiri, tak de can dah nak ngada2 manja2 suruh DH masakkan masa dalam pantang ni....ekekeke padan muka...

Gambar sefamily pun tak ada tahun ni. Entahlah, dah sibuk2 + boring2 tu tak ingat langsung nak bergambar.

Petang raya pertama tu kedua mertuaku datang dari kg, tak sabar nak tengok cucu baru. Petang tu DH pergi jemput di stesen bas. Tidur 1 malam di rumah kami, esok paginya balik kg semula.

Baby AW beraya....

Pagi-tengahari...tidur....

Masa ni dah petang, pukul 5 lebih...masih tidur lagi....
Penat tolong mama masak malam tadi ke...?




Ini AN punya kerja...

Lepas tukarkan diapers AW petang tu, AN sibuk suruh pakaikan AW topi ni. Nak sangat tengok baby pakai topi. AN snap gambar, me pegang baby. Pakaikan topi pun dia tak sedar... Usik la macamana pun dia tidur aje the whole day raya pertama tu.

Selepas mandi petang tu baby terus tidur. Biasanya tak macam tu. Kesian my MIL...datang nak tengok baby tapi baby tidur sepanjang hari. Malam tu baby terjaga sekejap nak menyusu dan tukar diapers, cepat2 my mil dukung sekejap. Lepas tu baby tidur lagi sampai 11.30 pm....bila....


...dia terjaga nak menyusu, lepas tu terus dia tak nak tidur sampai ke pagi...! Terpaksalah saya & DH berjaga sampai ke pagi. Around 2.30 am si kakak ni datang beritahu dia payah nak bernafas. DH bawa ke klinik, doktor cakap macam baru nak kena asthma attack.

DH dah balik dari klinik pun baby tak tidur2 lagi ni. Dah terlebih tidur waktu siang... AW ni kalau nak tidur dia suka kena peluk. Tu yang susah sikit sebab kalau letak aje dia terjaga. Akhirnya pukul 6 pagi baru AW tidur. Itupun setelah puas me dodoi2 kan dia...sampai pitching lari taw...



Tuesday, October 21, 2008

Kreativ Blogger Award


I got this award from Kak Reen and Mus, dah lamaaaa dulu. Thank you very much. Me? Creative? Kreatif dengan alasan2 malas update blog tu tepat sekali...

So much to tell...tapi sekarang entah apa la yang busy sangat, kan. Nak claim award kat atas tu pun tak sempat2. Nak story-mory pasal raya sampai dah nak abis raya pun...

Will try to update soonest possible, InsyaAllah.

Ini pun baru je baik demam tapi perut masih sakit, memulas2 rasanya setiap kali makan. Me masih dalam pantang, hari ni 40 hari. Tu la mak pesan dalam pantang kena jaga betul2. Semalam pergi klinik pun doktor cakap macam tu...hehee ingatkan doktor tak mainlah pantang2 ni. Tapi kalau dah nak sakit nak buat macamana, kan? Bukan me sorang je sakit, tapi semua satu rumah, the four of us...tapi syukurlah baby sihat. Kami semua tetiba je demam dan diarrhoea. AN tengah exam sekolah agama pula tu. Terpaksalah anak2 ni cuti sakit 2 hari. Me siap dapat cuti bersalin doktor bagi pun tak laku...ekekeke


Tuesday, September 16, 2008

Cuba teka....siapa saya...?


I'm my mummy's gem...



Inilah kaki yang selalu karate, kickboxing, jimnastik...dalam perut mama saya...




Inilah saya...masa ni baru aje lahir...

baby girl

lahir pada 11 September 2008

jam 11.38 pagi di APSH

berat 3.18 kg



masa ni badan saya baru lepas dilap2 sampai bersih...sejuuuukkkkk



apa terang sangat lampu kat atas ni...?

saya dah tak nangis, hangat sikit rasa dah kena wrap macam ni...


masa ni kat nursery...saya tak nangis pun...dengar aje baby lain nangis...hehehee



masa ni selepas 1st time b'feed, masih dalam labour room

(lama juga dok dalam labour room lepas dah bersalin tu...sampai lunch pun dalam labour room sebab bilik belum siap lagi. Single room belum available so masuk 2 bedded ward dulu)




Ward no. 318, sama macam berat saya 3.18 kg ek...


Malam tu lepas buka puasa, abah dan kakak2 datang tengok saya. Lepas tu ada single room kosong, saya dan mama pun pindah ke single room sebab abah nak mama rehat tanpa gangguan; abah dan kakak2 pun boleh datang dan bising2 tanpa ganggu orang lain dalam ward.

Hahahaa...2nd day tu DH siap tapau McD for buka puasa lagi, diorang ni picnic dalam ward...saja nak buat orang ni kecur tengok air sejuk taw...




1st night nak tido dengan mama ni... Jangan la kena hempap...amin...!



the next morning, lepas mandi...

alahai...inesennya muka dia...kalau dalam perut tak reti diam...Dr kata very active....



dah siap2 nak balik rumah...yea yeah



1st night di rumah


posing tido sajalah...apa lagi nak buat....


Oops...setakat hari ini saya belum diberi nama lagi. Mama suruh abah yang beri nama sebab kakak2 dulu mama yang namakan.

Abah kata nak letak nama Al-Qaeda, sempena Sept11 attack tu kan...hehehee. Mama kata kalau saya ni boy senang sikit, sempena Ramadan ni mama nak namakan Yusuf Taiyoob sajork... Romantik kan...panggil nama tu kena bisik2 aje...