Ini bukan kek salah bikin macam orang itiew punya....hahaa
Puding ni nama dia Puding Caramel Lapis Coklat, resepi kak Hanieliza, boleh cari kat Cari.com atau kat sini. Lindt buat Ahad lepas masa angin rajin tengah bertiup kencang... (angin rajin nak masak ke nak makan??)
Sepatutnya puding ni jadi berlapis-lapis macam kuih lapis, atau macam dalam fotopages kak Liza. Tapi me buat jadi lain macam rupanya. Apasal ntah aritu, simple instruction pun me boleh silap baca. Terlebih berangan kut?? Hehehe. Padahal dah baca berulang kali sebelum/semasa buat tu.
Arahan dia "Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan." Yang me pergi kacau atas api. Boley? Pastu siap boleh terfikir ni, kalau dah pekat camner nak tapis? Tetiba...alamak! Nasib baik Bahan B belum jadi mangsa...baru jerang Bahan A aje.
Pastu teruskan ajelah macam tak ada apa2 berlaku. Hahaha. Lapis, jangan tak lapis. Takkan nak buang, membazir kan. Bahan A (kuning) dah pekat, tu yang dia jadi macam marble gitu.
Sedap tau. Rugi kalau tak cuba. Belum try belum tau.
Walaupun rupamu tak shantek, tetapi rasamu tetap menjadi pojaan hatiku...!
Pesanan penaja: Bertindak mengikut arahan....tengah masak tu jangan berangan...!!
0 comments:
Post a Comment