Salam....
Hampir terlupa nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, salah silap anda dah saya maafkan...hehehee...mohon maaf zahir dan batin andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, ada yang terasa ke...apa2 lagi lah. Ingatkan nak buat posting dekat2 nak raya, tapi TERbusy pulak dah last minute tu...langsung terlupa.
Kali ni tak ada gambar juadah raya. I'm still waiting for MYNAT kirim gambar juadah raya di JB. Sabau ajelah...wargatua ni nak kena selalu diingatkan, bawa cable, bawa cable pi office...
Sementara tunggu MYNAT kirim gambar, tengoklah dulu gambar sesi makan2 menggemukkan badan ni... Gambar xs tak de, tunduk2 buat SAL tu ajelah.
Khamis lepas buat brownies......
.
MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
(resepi: 1mas2ra, cari.com)
250 g butter - potong kecik
400 g chocolate - potong kecik
6 eggs
340 g brown sugar
2 tsp esen vanilla
20 g chocolate emulco
80 g tepung gandum
60 g cocoa powder
140 g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan
(me buat letak almond)
.
1. Panaskan oven suhu 160'C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung ke dalam mangkuk di atas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160'C/50 minit-1 jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn ice-cream atau dgn sos kastad.
.
Rasa? Sedap? Eh sedaaappp.... Mmmmm memang chewy. Texture tak macam kek.
.
Me tak buat topping. Nak potong letak kat piring pun satu cabaran juga...sebab penat anak2 tunggu, mama potong potong masuk mulut, potong masuk mulut...tak sempat sampai ke piring hehehee. Sampai si kakak cakap, mama ni asik masuk mulut dia aje...
.
Me buat setengah adunan saja. Next week birthday si kakak, dia dah pesan suruh buat brownies for her birthday, tak nak kek.
.
Malam tu makan nasi lemak. Macam dah lama rasa tak makan nasi lemak...so malam tu masaklah
.
Hari Jumaat, lunch di Secret Recipe. AN ni time abah dia tak ada je mesti ajak makan kat SR. Dia kata dah 3x mimpi makan Grilled Mushroom Chicken kat SR. Alahai...terpaksalah bawa sebelum dia mimpi kali ke-4....
.

Kalau berat badan tak bertambah tak tau le....
0 comments:
Post a Comment