Tuesday, November 20, 2007

Dari Dapur Orang - Part 1

Haiiiiii

Kali ini kita bersiaran dari dapur orang...hehehee. Nak tunjuk gambar makanan yang kami makan, bukan me masak. Itu pun gambar2 yang ada dalam pc ni sajalah. Ada yang tak teringat pun nak ambik gambar, pasal dah lapar sangat kut masa tu....

Ini antara gambar semasa kami di Botswana dulu.


KFC

Our dinner masa first day tiba di Botswana for the 2nd time (June 2005). Sejuk2 tu jalan kaki dari apartment. Masa tu belum ada kereta lagi. Jauh juga menapak nak ke KFC di African Mall tu. 2001-2002 kami pernah tinggal di Botswana, so kami tau di African Mall tu ada KFC dan Nandos halal. Tapi sebelum tu kami singgah dulu kat Medina Meat Market di situ, tanya kat orang kedai tu KFC tu still halal lagi ke. Manalah tau kan... Ada lagi sijil halal dia display dalam kedai. KFC ni dah tutup akhir Mac 2006. Tak taulah pindah tempat lain ke tutup terus.
.
Mengelat tu...jus buah (dalam beg plastik) beli kat Medina Meat Mkt tu...hahahaa. Fast food outlet kat sana tu air semuanya dalam tin. Tak macam kat M'sia ni. Straw pun semuanya balut dengan kertas macam straw kat Nandos tu la.

Nandos banyak kat Botswana, semuanya halal. Hampir tiap2 minggu makan Nandos. Kat Botswana tak ada McD ye...(sekarang tak tau). Kami pergi South Africa baru dapat makan McD.


Fish & Chips @ Something Fishy

Ni tempat kami pergi kalau nak makan fish & chips. Nasi pun ada juga.
Nama kedai dia Something Fishy...hmmmm....
.
.
Papa & Beef Curry
.
My hubby's fav ni. Papa tu sebenarnya maize meal @ mealie meal. Tak ingatlah locals panggil apa nama. Tapi orang sana suka panggil 'papa'...lebih mesra kut...?!
.
Maize tu ada jual kat supermarket. Pernah try masak, tapi tak jadi....huhuhh. Me tanya kat cleaner yang bersihkan rumah kami tu, cara nak masak papa. Ye2 la dia explain....last2 beli dah siap kat kedai saja.
.
Gambar atas tu papa yang kami beli kat supermarket. Tetiba aje teringin nak makan papa...


Fatir with cheese & Fatir chicken

Fatir ni kami makan di satu Egyptian restaurant di Gaborone*. Sedap, macam murtabak pun ya.

* Gaborone (kat sana G disebut mcm Kh... jadi sebut betul2...Kha-bo-ro-ne... Pandainye...!) ialah ibu negara Botswana. Kami dulu dok kat Gaborone, atau Gabs, bak kata orang sana...



buah delima petik kat apartment...eleh sama je macam delima kat sini...hikhikhik



mangga afrika

Sedapnya makan mangga bila tiba musim buah. Eh mangga ni import dari South Afrika daa.... Tak pernah nampak pokok mangga macam ni di Gabs. Pokok lemon tu banyaklah.


Buah peach ni pun sama, import dari South Africa.


JalapeƱo

About 7cm long, medium heat, widely available in its green form.Tends to have more of a rounded end than a point which could be a Kenyan chilli instead. Widely used in Mexican cooking, great stuffed with cheese and grilled or BBQ'd.

- pssst....gambar pinjam tu... Kat sana banyak cili jalapeno ataupun cili api yang panjang2 tu (label kat supermarket tulis Thai chillies). Cili hijau macam biasa kita makan kat sini, sekali je pernah jumpa kat satu supermarket ni. Masa jumpa tu rasa seronok sangat hahahaa...kesiannya..!


Ada Part 2 ke? Tengoklah kalau rajin ek....

0 comments: