Sabtu lepas me buat donut....doNAT... Ekceli dah lama tak buat. So, petang tu mengulilah.
Masa kat Afrika dulu rajin gak buat donat...buat donat sambal (kat sana tak de jual, nak makan kena buat sendiri..), donat inti cheese, inti coklat...
DONUT
(resepi NoorMasri)
Bahan-bahan:
20 g yis basah (fresh yeast)
- kalau guna yis kering segera sebyk *6 g saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega - dicairkan
2 kuning telur
250 g tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
minyak utk menggoreng
gula castor secukupnya utk taburan
*7 g yis kering = 2 tsp
Cara membuat:
Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau.
Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati.
Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat di jari) kemudian masukkan doh ke dlm mangkuk besar, tutup dgn cling film selama 1 jam.
mula2 uli dia macam ni.... don't worry
selepas lebih kurang 10-15 min jadi licin camni...tutup bekas dgn cling film.
selepas sejam, jadi tembun camni...
Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm. Ambil penerap bulat, terap hingga habis.
Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min.
malas nak terap...buat bulat2 macam ni aje...
dulang tu sapu sikit minyak supaya donut tak lekat
selepas 30 min.
Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan.
Angkat dan toskan minyaknya. Bila sejuk bolehlah digaulkan dgn gula halus.
Kalau buat bulat2 macam kat atas tu, me dapat dalam 44 ketul, tapi tak sama size sebab kali ni malas nak timbang tiap seketul tu.
Donut ni lembut. Esoknya pun donut ni still lembut lagi sebab me simpan dalam bekas bertutup. Ingatkan pagi semalam dapatlah breakfast donut, tapi tengok2 dah licin si kakak habiskan sebelum dia pergi prektis silat....
1 comments:
Hi Lindt,
Apa khabar di Botswana? Harap Lindt dan keluarga sihat. suka sangat tengok donut tu.. Teringin nak cuba. kalau jadi, nanti saya belanja makan donut ye... ekekeke
Post a Comment