Tuesday, February 19, 2008

Guess who?



Siapa lagi...Aznil la tu. Masa ni my doter pergi Astro Fest, ikut kawan dia yang mak dia kerja Astro.

Dia jumpa Aznil, dia cakap 'uncle, nak gambar...'. Aznil pun kata ok, mari. Mestilah panggil uncle kan...takkan nak panggil Abang Aznil lak hehee... Aznil lebih tua dari my hubby pun.

Kalau tak silap Aznil ni umur dia 46, sama dengan my kak long. Tapi my doter cakap tak nampak macam 40's pun...macam orang umur 30-an aje... Awet muda kut...

Awet muda? Ramai orang kata my DH tu awet muda. Ada sekali dulu balik kampung, kazen2 dia kata dia awet muda...nampak lebih muda dari another cousin yang sebaya dengan dia. Kat ofis dia pun orang tak percaya kalau dia beritahu umur dia. Semasa kami pergi cuti2 Beijing dulu, tourist guide tu nak teka umur my DH 26 tahun, dan I pulak lebih kurang tu juga. Tapi tengok anak dah besar, takkan 26 tahun. Hahaha masa tu si kakak ni around 9 tahun kut. Tapi dia sama tinggi dengan another form 1 girl yang ikut trip tu (or budak tu tak cukup tinggi...?)

Bagus juga kan kalau tinggi ni. Bila jalan dengan dia, orang tanya tu adik ke anak? Masa di Botswana dulu pun ada sorang perempuan ni (orang sana) tengok je kami, then dia tanya is that your daughter or your sister? Hehee perasan muda la sekejap time tu. My sister cakap, jangan nak perasan la...anak awak tu tinggi sebab tu orang ingatkan tu adik awak, bukan sebab awak nampak muda... Ehhhh jeles la tu... Hikhikhik




Salaam,