Monday, August 11, 2008

Still around...belum malatup lagi....

Haluuuuu....aduhai lama betul tak update blog ni. Konon2 bz sangat la...tapi tak tau bz buat apa. Bz shopping? Tak juga...sekarang ni tak berapa suka nak shopping. Percayalaaaahhhh.... Bz tebas lalang pun tak juga *wink*

Last week AN ada test untuk sekolah agama. Habis test aje AN demam. This week DDs test untuk sek. keb. Weekend lepas DH pulak demam, baru je baik.



PUPPP...PEP...amende tu?

Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP), known in United Kingdom as polymorphic eruption of pregnancy (PEP), is a chronic hives-like rash that strikes some women during pregnancy. Although extremely annoying for its sufferers (because of the itch), it presents no long-term risk for either the mother or unborn child. PUPPP frequently begins on the stomach and spreads to the legs, feet, arms, chest, and neck.

Although affecting about one in two hundred pregnancies, the condition was only formally identified and described in 1979.

PUPPP is also known as Toxemic rash of pregnancy (not to be confused with "Toxemia of pregnancy" which is an alternative term for Pre-eclampsia), and Toxic erythema of pregnancy.



Tu la pasal lama menyepi kut...bz menggaru, bukan bz buat apa pun. Hehehee tak senonoh je kan. Tapi memang betul le...me kena PUPPP (self-diagnosed aje...GP pun tatau apa punca...cek dalam internet all the symptoms tu serupa, so I memandai la confirm kena PUPPP. Hehehee pandai je bidan pencen ni kan...)

About 3 weeks ago, balik dari ambik anak2 sekolah kut, tiba rumah je rasa macam gatal kat perut. Tengok2 ada macam 4, 5 kesan macam bintat kena gigit nyamuk, elok je berderet dekat2 sebelah pusat . Gatal so garu la kan. AN tengok my belly, dia kata eee abah, kenapa perut mama ni? Jangan tak tau, AN tu penggeli tahap over sikit hahahaa.

Garu punya garu (aah sedapnya...hihihi)...tak sampai setengah jam tetiba separuh perutku jadi merah. Dalam sekelip mata gatal2 tu tetiba jadi banyak...lepas tu tak berkeliplah mata... Huwaaa!! Kenapa tetiba jadi teruk macam ni? Tak pernah kena sebelum ni, so tak tau punca etc. Nak menangis rasanya. Perut yang tadinya licin, ada sikit2 (ye ker...?? hehehee) stretch mark kaler putih je kat bawah belly, tetiba jadi merah dan naik macam ruam. Bila AN tengok, dia cakap lagi...eee abah! Tengok ni, teruknya perut mama...! See I told you...AN tu semuanya eee, eee...nak pegang pun dia takut....eh geli kut...!

Lepas mandi sapu stretch mark cream tapi tak hilang. A few days before that ada nampak stretch mark oil for dry, itchy skin di pharmacy tapi tak beli sebab my stretch mark tak gatal pun. Last2 malam tu sapu bedak agnesia, tahan la sekejap tak rasa gatal. The next morning bangun tidur tengok2 dah naik penuh kat perut. Perut yang asalnya elok je putih (ceh, perasan....!) tetiba jadi merah2 gitu.

Weekend tu DH ajak pergi klinik tapi me kata tak apalah. Eksen tu...ingatkan boleh tahan la...hehehe. Tapi hari Ahad tu tak tahan sangat, ajak DH pergi farmasi. Beli bath oil for itchy skin dan krim untuk gatal2. Tidur pun terganggu sebab asyik menggaru...huwaaa!!

Search kat internet pasal itchy stretch marks, jumpa pasal PUPPP ni. Huh, sama. Tapi me tak boleh tepek my gambar kat sini...takut kena saman. Saman? Mana la tau, ada orang tengok gambar tu then tak lalu nak makan, tak pasal2 jadi kurus lak...hehehee.

Try la google image PUPPP, ada la gambar macam tu. Nak kata naik ruam kat stretch mark saja pun tak juga, sebab pas naik penuh kat perut, naik kat pergelangan tangan pulak. Kat situ mana ada stretch mark pun kan. Testimoni orang2 yang dah kena - gatal2 tu akan hilang lepas bersalin. Sabau ajelah makcik...

Orang kata jangan garu, nanti makin gatal, makin banyak. Tak garu pun tetiba je timbul ruam kat tempat lain, so might as well garu ek hahaha. Masa tu nak nangis pun tak guna dah...sebab perut dah teruk sangat rupanya. Nasib baik ada gambar perutku semasa licin, b4 timbul ruam2 tu hehee.

Pagi Isnin tu pergi klinik. Appointment dengan my OB/GYN lagi 2 minggu, so pergi GP. Doktor tu terkejut tengok my perut. Masa ni dah penuh perut tu dengan ruam merah. Dr kata, 2 minggu lepas tengok cantik je perut ni. *ehem, kembang kempis kejap bila dengar* Dr tu pun tak pernah tengok kut, dia bagi pil tahan gatal dan krim untuk sapu. Dia kata jangan pakai maternity panty yang cover perut, biar perut tu kena angin. Huh, tak jalan pun. Camner la boleh tak perasan, sebelum ke klinik tu tak gatal, tapi lepas tayang perut kat Dr terus gatal. Agaknya sebab kena aircond dalam bilik Dr tu.

Lepas makan pil tu barulah kurang rasa gatal, dapat la tidur lama sikit malam tu. Tapi masa ubat dah nak habis, feeling2 esok takut tak sempat pergi klinik tambah ubat, so b4 tido malam tu me tak makan pil tahan gatal. Padan muka...dok tergaru2 dari pukul 1 sampai pukul 4 pagi baru tertido. Dapat tido 2 jam aje...

Bila jumpa OB/GNY, dia pun macam tak pernah jumpa patient yang kena macam I kut. Dia suruh jumpa dermatologist. But since semua orang yang kena kata tak ada ubat, lepas bersalin baru hilang so kami tak pergi dermatologist. Lagipun masa call dermatologist tu dah tak berapa gatal, dah nak baik. Rupa2nya my sis pun pernah kena masa dia pregnant 2 tahun lepas, tapi dia kena masa dah dekat nak bersalin.

My rashes start kat perut. Dah penuh perut tak de space lagi nak keluar rashes, naik kat pergelangan tangan, then timbul kat area pinggang (belakang), turun ke peha dan stop kat kaki. Tak garu pun tau2 timbul merah2 kat tempat2 tu. Entah apa2 krim yang me sapu, as long as ok for orang pregnant. Calamine lotion pun sapu juga. Kalau tak tahan sangat tu siang2 mandi air sejuk. Bila desperate sangat, ambik sebotol air sejuk dari dalam fridge then letak botol tu kat perut...hilang la gatal tu...hahahaa. DH kata perutku dah macam atlas...macam globe tu. Satu hari tu me letak bedak agnesia, dah rupa kulit limau bali la pulak perutku ini...

Makan pun kena pantang. Kalau tanya Dr mana ada pantang2 ni kan. Tapi me pantang juga udang, sotong...takut gatal. Nasib baik dah melantak lobster sebelum tu kan...

Masuk 3rd week Alhamdulillah dah baik; badan, kaki dan tangan pun dah licin balik tak de rashes. AN tengok dia cakap eh perut mama dah baik kan...baru la dia berani nak pegang. Bila tanya cantik tak perut mama? Dia jawab, boleh tahan... Tapi bekas ruam2 tu still kaler coklat gelap. Kalaulah kulitku macam kulit orang Zimbabwe ke, Nigeria ke, taklah obvious sangat kut. Wah, tetiba teringat kat kunta kinte ni... Nampaknya kena scrub banyak2 ni...tapi hopefully dia boleh hilang sendiri.


0 comments: