Wednesday, October 22, 2008

Raya pertama baby AW

Nak cerita pasal baby AW's first raya. AW bukan A&W taw.... Sedapnya kalau dapat minum root beer float A&W masa hari panas, kan. Ish ish ish nasib baik sekarang ni musim hujan (statement nak sedapkan hati...padahal tak boleh sebab dalam pantang ekekeke...)

Tapi sebelum tu nak tunjuk gambar satu-satunya biskut raya yang saya buat tahun ni, biskut sarang semut. Favourite anak2. Tu yang asyik tanya mama tak buat kuih raya ke tahun ni? Tanya ada maknalah tu...macam tak nampak me tengah sarat masa tu. Bila cakap kat DH nak buat kuih raya je dia kata 'jangan nak mengada2' hahahaa. Agaknya dia tak bagi buat sebab takut buatnya saya sakit nak bersalin masa rumah tengah bersepah dengan bahan2 buat kuih...nanti dia juga nak kena kemas kut... :-p



Biskut sarang semut, resepi kak Hanieliza. Buat 2 adunan. Adunan pertama lepas saya sukat bahan2, suruh si kakak bancuh. Adunan ke-2 AN yang bancuh. AN rajin aje nak tolong. Dia yang sibuk ajak buat kuih sebenarnya. Lepas bancuh adunan, kerja parut-memarut, tabur choc rice semua tu saya suruh AN dan kakak buat. Nak sangat buat kuih raya, kenalah tolong mama. Biskut ni buat 2,3 hari sebelum raya. Buat waktu malam lepas anak2 balik sekolah. Kat sekolah pun tak belajar, so tak ada homework. Tapi time nak buat kuih inilah baby AW tak nak tidur. Kalau tidak dia tidur nyenyak, bunyi mercun pun dia tak layan...

Ni aje kuih yang ada raya ni...kuih buat, odasaja dan tunjuk2. Kek marble tu saya buat malam nak raya. Kek coklat kukus tu pula buat tengahari raya pertama masa baby tidur.

Orang sibuk beraya, saya sibuk buat kek pulak raya pertama. Maklumlah tak de mood beraya, dalam pantang so tak dapat balik kampung. Sedara-mara kat kl pun semua balik kampung...jiran2 pun balik kampung juga. First time raya kat kl. Budak2 pun tak ada datang beraya @ buat collection. Memang betul2 sunyi...serupa macam raya kat Afrika...! Layan tv ajelah.

flashback...cewah...

Kami pernah 2x raya di Afrika. Juadah raya dan kuih raya 2,3 jenis tetap buat...walau di mana kami berada ni hehehee. Tak pernah jumpa orang M'sia kat sana, jadi raya ber-4 ajelah. Kali pertama - raya hari sabtu atau ahad, tak ingat pula. Solat raya buat di padang kriket sekolah DDs. Lepas kami makan2 kat rumah pagi tu, buat apa lagi...tengok TV. Then keluar window shopping kejap (hari sabtu kedai tutup pukul 1, ahad banyak kedai tutup). Semangat raya tetap ada...me pakai kebaya dan anak2 pakai baju kurung. Orang sana pandang atas bawah, tak pernah tengok baju orang melayu kita ni kan. Nasib baik DH tak pakai baju melayu... Masa tu ahkak lindt rasa macam ratu kebaya sesat di afrika taw....cuma tak buat lambaian ala2 ratu tu aje...ekekeke

2nd time raya - kena hari bekerja. Pagi tu lepas solat raya, DH pergi ofis. Dia balik sekejap around 10 am untuk makan. Lepas tu tengahari dia pergi balik ofis sebab kat sana bukan public holiday. Sekolah DDs aje cuti 2,3 hari sebab mereka sekolah kat muslim school. Punyalah boring raya masa tu.

sambung cite...

Disebabkan raya yang boring pada tahun ini, saya terlupa nak snap gambar juadah raya. Ha sampai gitu sekali tahap ke-boring-annya...hehee. DH ada snap gambar, tapi entah dalam kamera mana, takpun kat HP dia. Kami masak nasi impit, kuah kacang daging, rendang ayam dan kari daging. Masak sama2. Sebelum raya aritu, DH yang masakkan untuk saya lauk2 orang dalam pantang ni. Dekat nak raya, DH kata...cakap je macamana nak masak, biar dia yang masak. Tiba malam nak raya dia kat dapur tapi tak start2 masak juga. Last2 siapa yang kena masak? Ahkaaaakkk jugak... Start dari malam raya tu la ahkak lindt kena masak sendiri, tak de can dah nak ngada2 manja2 suruh DH masakkan masa dalam pantang ni....ekekeke padan muka...

Gambar sefamily pun tak ada tahun ni. Entahlah, dah sibuk2 + boring2 tu tak ingat langsung nak bergambar.

Petang raya pertama tu kedua mertuaku datang dari kg, tak sabar nak tengok cucu baru. Petang tu DH pergi jemput di stesen bas. Tidur 1 malam di rumah kami, esok paginya balik kg semula.

Baby AW beraya....

Pagi-tengahari...tidur....

Masa ni dah petang, pukul 5 lebih...masih tidur lagi....
Penat tolong mama masak malam tadi ke...?




Ini AN punya kerja...

Lepas tukarkan diapers AW petang tu, AN sibuk suruh pakaikan AW topi ni. Nak sangat tengok baby pakai topi. AN snap gambar, me pegang baby. Pakaikan topi pun dia tak sedar... Usik la macamana pun dia tidur aje the whole day raya pertama tu.

Selepas mandi petang tu baby terus tidur. Biasanya tak macam tu. Kesian my MIL...datang nak tengok baby tapi baby tidur sepanjang hari. Malam tu baby terjaga sekejap nak menyusu dan tukar diapers, cepat2 my mil dukung sekejap. Lepas tu baby tidur lagi sampai 11.30 pm....bila....


...dia terjaga nak menyusu, lepas tu terus dia tak nak tidur sampai ke pagi...! Terpaksalah saya & DH berjaga sampai ke pagi. Around 2.30 am si kakak ni datang beritahu dia payah nak bernafas. DH bawa ke klinik, doktor cakap macam baru nak kena asthma attack.

DH dah balik dari klinik pun baby tak tidur2 lagi ni. Dah terlebih tidur waktu siang... AW ni kalau nak tidur dia suka kena peluk. Tu yang susah sikit sebab kalau letak aje dia terjaga. Akhirnya pukul 6 pagi baru AW tidur. Itupun setelah puas me dodoi2 kan dia...sampai pitching lari taw...



2 comments:

HaniFadil said...

Comel betul si AW ni. Suka.. suka..

LiNdT said...

Semua baby comel kan, Hani...including kita2 ni dolu2...ekekeke