Macam ni ke roti arab? Ada rupa roti arab tak? Ada yang kembung, ada yang malu2 nak kembung. (Eh mynat, awak jangan terbayang kat "arab krek" pulak taw...miahahaha...)
Hari itu masa jalan2 cari resepi jumpa resepi ni kat myresipi dot com. Tak taulah sama tak resepi dengan yang kawan2ku "ahli2 mesyuarat tingkap" buat. Me buat roti arab ni for brunch. Dapat 19 ketul....eh banyak tu... Memang banyak pun. Separuh goreng bila nak makan; separuh lagi goreng separuh masak, then bila nak makan petang tu goreng lagi sekali.
Ada daging cincang, so buat kari + mix vege. Then buat sambal sardin. DH and DDs suka makan dengan sambal sardin. Kari tu tak laku pun...
Kari tu buat apa? Untuk mengelakkan pembaziran, jeng jeng jeng...
Kan ada lagi 2 keping roti pita. Apa lagi, jadi topping express pizza la. Ngam2 aje untuk 2 keping roti pita. Ada lebih sikit sosej dah rebus yang buat pizza hari tu...so letak tu juga...hiris bawang besar, lada hijau...tabur cheese... Sedap (siapa lg nak bagi testimoni ekekeke).
Tapi AN tak nak makan sebab dia kata nak pizza "macam semalam" yang letak sosej aje tu. Mengada2 tau AN nih...
0 comments:
Post a Comment