Tuesday, April 21, 2009

Acar Ikan Masin

Aaahhh...saja malas nak update blog kan. Tak de story nak update pun. Hari ni first time try masak acar ikan masin. Terlebih rajin la pula...terus update ni...

ACAR IKAN KERING
sumber : sazylina ramly (RN)

Bahan-bahan (agak2 ajelah bahan2nya kalau buat sikit)
1 kg Isi ikan kurau / talang kering - basuh dan kemudian digoreng macam biasa
RM 2 - cili padi
RM 2 - bawang kecil
RM 2 - bawang putih

2 genggam cili kering }
2 inci halia } diblendkan
2 inci kunyit hidup }
4 biji bawang besar }
Daun kari (4 tangkai diambil daunnya)
RM 1 - Ketumbar (serbuk @ biji) - sekiranya menggunakan ketumbar biji, gorengkan dulu dan blend halus.
Cuka
Gula

Cara Menyediakan
1. Tumiskan daun kari sehingga wangi.
2. Tumiskan bahan blend sehingga garing / pecah minyak. Masukkan gula (biarkan manis) dan kacau sehinga hancur/mendidih.
3. Lepas tu masukkan CUKA dan kacau sampai mendidih. Masukkan isi ikan/ cili padi / bawang kecik dan putih.
4. Cukup sekadar mendidih seketika saje. Tutup api.

Nota : Jangan tambah garam kerana masinnya sudah ada pada ikan.
Sedap dimakan selepas satu hari kerana semua rasa dah bersatu. Makan dengan nasi panas.

Menu ni tak sesuai untuk orang yang nak berdiet...sebab kalau makan sure bertambah. Betul...wa cakap lu...! Dah terbukti dah tadi hehee. DH makan bertambah, dia kata sedap.

Masa tengah masak tu semerbak bau daun kari. DH kata macam bau rumah Luchukumari hahahaa. Siapa tengok Cak2 haritu tau la siapa dia cikgu Luchukumari...

Me buat sikit aje, 1 peket ikan talang masin tu. Tak masin sangat sebab semalam dah rendam, lepas tu terlupa...siap pergi jalan2 beli groceries kat K4 lagi tu. Dah balik rumah baru teringat. Since semalam tak jadi masak, so tadi baru masak. Bahan2 pun main agak2 ajelah sesedap rasa. Biasanya acar ni lepas sehari dua baru rasa lagi sedap. Tapi kalau setakat sepinggan kecik tu, nampak gaya tak sempat tunggu kut...

p/s...tensennya guna hp ni. Tak tau kenapa kamera ada belang2 tu...dah macm pilem dolu2 la pulak. Gambo dia pun kureng...tak cantik. My hp yg biasa guna tu rosak tak boleh charge sebab AW selalu gigit :(. Should have taken this pic with my other hp...tp dah terlambat...acar dah nak habis hehehee. Mintak hp baru la kat DH ;) (dah dapat green light cuma belum ke kedai aje). AN dah booked this hp...



Posted by Picasa

0 comments: