Thursday, March 18, 2010

MUBS

Ek eh dah mid March ek? Hehehee malas betul nak update blog...apasal entah... (buat2 tak tau...). Ahkak Lindt busy tiap2 hari nak harvest kat farmville, farm town la...nak masak2 kat cafe world lagi... mana nak bagi ikan2 makan...akuarium aje ada 7...kat FB sana tu...hehehee

Cerita yang dah dikarang separuh jalan since last year tu, belum disambung2 lagi.

Jom tengok dulu gambar2 bebe AW lah. InsyaAllah nanti me update gambar tatting. Buat last year, tapi itulah...malas nak update blog... Simple patterns aje, maklumlah saya mak budak baru belajar... Sekarang ni tak ada tat apa2. Ada juga nak try buat bebaru ni, tapi baru je nak buat AW tarik2 benang tu. So terpaksalah simpan.


AW's first visit to the zoo. Kami pun dah lama sangat tak ke zoo. Last pergi masa AN umur setahun lebih. Tahun ni AN dah nak masuk 10 thn. Bukannya jauh sangat zoo negara tu dari rumah. AW kecil lagi, belum pandai tengok animals. Dia buat hal dia aje... :-D


2 hari lepas kami pergi ke pantai Bagan Lalang, Sepang. Yang ini pun dah lama juga tak pergi. Last time pergi AN kecil lagi. Dari last year nak pergi makan seafood kat sini, tapi tak pergi2. Hari Selasa lepas, nak makan seafood punya pasal pergilah sana. Dari rumah around 4 pm. Tiba sana dalam 6 pm. Air pasang. Tapi tak bawa baju spare sebab tak ingat pun nak mandi laut...ingat nak makan aje hehehee. AW ajelah yang sentiasa ada baju spare dalam kereta tu.

Oops...gambar makanan tak ada ambil, tak ingat pun...sebab lapar sangat kut :p. Orang tak ramai walaupun cuti sekolah.

First time ke pantai. Dia tak takut pun. Bila ombak datang dia cakap ooooo...




AN kat belakang tu geram aje tak dapat mandi laut sebab tak bawa baju spare... Next time lah ya...


Posing mem besar...


p/s AW dah setahun setengah skrg ni.

Thursday, December 3, 2009

Ya ampun...malas sungguh nak update blog :-D. Ada story ni....tapi sementara tunggu Ahkak Lindt mengarang dan update (entah bilalah tu..??) tengok la dulu gambar2 terbaru bebe AW ni ek...



Bebe AW @ A&W


Thursday, October 29, 2009

Pandan Cheese Cake

Hari tu kan semasa jalan2 cari resepi saya terjumpa resepi ni di blog Mat Gebu. Teringin nak try sebab resepi ini guna cheese slice, bukan cream cheese.

Inilah rupa pandan cheese cake ku...projek masak2 Ahad lepas.



Yang 2 ketul ni masuk paper cup pastu balut separuh paper cup tu dengan aluminium foil sebab kek ni dibakar secara bain marie.

Sedap tau kek ni. Tak taulah sama tak macam Mat Gebu punya tapi saya punya kek ni texture dia ala2 cheese cake yang dijual di bakery J*sco tu. Sangat lembut. Lain kali boleh buat lagi bila ada tetamu istimewa (atau tetamu yang perasan dia istimewa...hehehee) datang bertandang ke rumah.

AW pun suka. Bagi je kat AW, dia cakap "ashehhhh" then terus duduk sebelum dia makan. Bila dah habis, datang mintak lagi sambil gamit2 tangan dia...nak...nak...bak...bak...

Sedap kan Deena kan...

Heeeee




Monday, October 26, 2009

Murtabak Mini

Lama betul tak update blog sebab "M". Nak bersihkan sawang2 jap....





Ok, boleh start cerita....

Projek masak2 Sabtu lepas ialah murtabak mini inti daging dan kentang. Buat dalam 6 keping saja kut, sebab inti yang lebih tu DH makan dengan lebanese bread.

Murtabak mini ni guna kulit popiah. Dulu2 masa kat Afrika me pernah buat beberapa kali...lepaslah rindu nak makan murtabak. Kes malas nak menguli dan mencanai... :p.

Inti + telur...letak atas kulit popiah.


Lipat


Dah siap lipat


Goreng dengan api perlahan


Siap dan boleh ngappp...!


Me tak buat kuah untuk makan dengan murtabak mini tu. Ekceli makan macam tu aje pun dah sodap (statement orang malas...hehehee). Tapi biasa la kan...saja mengada2 nak makan macam dalam gambar kat atas ni. Makan dengan sos cili. DH kata sedap. AN tak kata apa2 tapi orang lain makan sekeping dia makan 3 keping :).

Ingatkan dapatlah makan murtabak dan popiah untuk minum petang. Sementara me tengah menggoreng murtabak tu, AN perabiskan inti popiah. Dapatlah buat 2 aje...gambar pun tak ambik...



Friday, October 9, 2009

Siapa punya kerja ni??!


Cantik tak corak airbrush kat kereta atas tu?

Itu bukan airbrush, tapi entah siapa gatal tangan pergi conteng kereta DH around maghrib semalam. Spray paint tu kaler gold.

Kereta parking kat luar rumah. Maghrib memang tak keluarlah, duduk dalam rumah aje. Tiba2 anak jiran sebelah panggil saya. Saya kat dapur, DH tengah layan bebe AW tengok tv. So DH yang keluar dan dapat tau kereta dia kena conteng.

Bukan kereta DH saja, tapi semua kereta yang diletak sepanjang jalan ini kena juga. Semuanya 8 buah kereta yang kena (termasuk 2 kereta di jalan lain). Anak jiran sorang lagi ni yang sedar kereta ibu dia kena conteng. Bila tengok kereta jiran2 lain pun kena juga... tu yang panggil jiran2 keluar cek kereta masing2.

Ada satu kereta ni ditulis macam huruf "ta". Kat kereta jiran sebelah ni nampak macam perkataan "Allah" pula. Jiran2 kata dia conteng huruf jawi.

Kat jalan satu lagi tu, yang kena conteng kereta orang melayu. Kereta orang cina yang tinggal antara rumah2 melayu tu tak kena pulak. Oh lupa...dia tau cina tak reti baca jawi kut...sebab tu yang kena conteng tu kereta orang2 melayu saja... hehehe

Seorang jiran ni telefon polis. Polis datang... tak taulah apa polis tu cakap kat jiran tu. Lebih kurang pukul 10.25 pm ada polis lain datang dan ambil gambar kereta2 yang diconteng tu, termasuklah kereta DH.

Tak ada seorang pun nampak siapa yang menconteng. Kereta DH kena kat body kereta dan sikit kat cermin. Ada yang kena banyak kat cermin dan sikit kat body. Ada jiran tu baru saja cat kereta dekat2 nak raya hari tu...dua2 kereta dia pun kena.

Ada sebuah kereta buruk dah rosak kat depan kereta DH tu tak dicontengnya pula...

Jiran sebelah ni nampak yang last lalu depan rumah dia sebelum sedar kereta diconteng ada 3 orang kanak2 pakistan selalu main kat padang depan ni. Selalu la nampak kat situ, sampaikan jiran tu kata budak2 ni tak ada rumah ke? Hehehe. Yang diconteng tu pulak huruf jawi...macam baru nak belajar menulis aje... Entahlah tak ada saksi susah juga kan.

Nasib baiklah kereta saya tak kena walaupun letak luar gate rumah. Mungkin sebab kereta saya lebih kurang sama kaler dengan spray paint dia tu. Eh malam2 gelap, saya nak cek pun tak nampak...baru pagi ni cek kereta saya nasib baik tak kena. Kalau gelap mana dia tau kereta saya lebih kurang kaler cat dia tu...melainkan dia selalu lalu kat sini... kan kan kan...?

Atau mungkin juga bila dia datang dekat dengan kereta saya spotlight kat rumah ni menyala kut, so tak jadi takut orang nampak. Lampu tu guna sensor, kalau ada kereta atau orang datang/lalu lampu tu menyala. Bukan orang je, kucing datang pun dia menyala hehehee

Tak taulah pula kalau2 orang itew yang conteng sebab tak dapat "boiled water...plain water...sikit sugar and tea" kut... Hahaha siapakah perempuan itew? Perempuan misteri bertudung hitam itulah. Saya dah tau siapa orangnya. Nanti lepas dapat snap gambar muka dia saya wat entry khas ditujukan kepadanya dengan ucapan "bila nak balik HOMETOWN?" ekekeke....




Posted by Picasa

Wednesday, September 30, 2009

Bebe AW's first raya

Tahun ni first time AW beraya. Last year masa raya dia masih "dalam hari"...siang tu dia tidur sepanjang hari, pukul 11 mlm dia berjaga sampai ke pagi.

Tahun ni first raya di kampung DH (walaupun sepatutnya turn saya...). 2nd raya balik ke kampung saya. Biasanya 3rd raya, tapi tahun ni DH ajak balik 2nd day. Nak pujuk orang merajuk kut hihihii...


Pagi raya. Orang dah nak balik solat raya pun bebe AW masih tidur lagi. Letih tengok orang main bunga api ke....?


Dalam kereta nak pergi beraya. Bebe AW tengah makan kuih raya dari rumah.


Masa beraya di rumah bapa saudara DH. Dia memang tak boleh duduk diam. Orang makan kuih raya dia pun sibuk nak makan. Tapi kat kampung saya dia jadi baik...sebab takut orang, so tak boleh berenggang :(