Wednesday, June 25, 2008

Cuti-cuti Malaysia....

Cerita dah basi baru ni nak update....

Kali ini edisi "Jalan2 Cari Pasal" ke Cherating masa cuti sekolah yang lepas. Itu pun last minute punya plan coz AN teringin sangat nak ke Cherating. Last kami pergi tahun 2002 kut, AN kecik lagi. DH pun apa lagi, dah AN bising ajak pi Cherating dia pun cari la hotel. Kalau DH tak de sini, cuti sekolah kami dok rumah aje. Since dah last minute dan dah start cuti sekolah pun, susahlah sikit nak dapat hotel. Semuanya penuh, at last dapat juga this resort...apartment 2 bilik di Sg Ular.

Jom tengok gambo....

acara 'wajib'.... ;)


the resort...yang quite hampeh...


Me tak recommend this resort, unless dah tak de choice dan dah kemaruk sangat2 nak bercuti hehehee. Kenapa? Next entry me cite.... Entah bila la tu kan, tunggu mood...



Pulau Ular, as seen from the beach kat belakang hotel tu.


Tak taulah just nama aje Pulau Ular atau memang banyak ular kat situ. Tapi kalau tak ada ular takkan bagi nama Pulau Ular, kan? Ada boat trip pergi Pulau Ular tapi kami tak pergi. DH kata kalau me tak preggy dia nak ajak pergi pulau tu. Eeee tak naklah...dengar nama je pun dah seriau (mynat, pinjam nama uols hihihii). Lain le kalau nama "pulau cross stitch" ke kan, harus tak sempat check in hotel me dah terjah pulau tu dulu...

DH pesan kalau nampak benda panjang dalam air, jangan pijak atau sentuh. Mana la tau kut2 ular ke kan.... Tu yang nampak ranting kayu dalam air, semua cabut lari...hahahaa



Me tak join, just duduk tepi pantai aje jadi photographer la kunonnya. Puaslah DDs ajak...jom la mama, tak dalam pun... AN ingat me takut air la tu... Ooo nak eksyen kat mama ya...

Me kata malas lah ~ sambil duduk atas pantai dan peluk tubuh, tangan kat atas perut. Tetiba DDs gelakkan me... Athirah kata mama macam bomoh tengah bertapa... AN lak sambung, haah...macam bomoh siam buncit....! Bila masa entah AN tengok bomoh siam buncit me pun tatau. Tobat dah tak nak posing macam tu...hahahaa. Tak payahlah uols nak bayangkan, ok...


...on my right....


...on my left...

Ok jugalah beach tu tak kotor sangat. Orang pun tak ramai, cuma hotel guests saja.



AN feeling ala2 Baywatch babe ke....hahahaa


AN buat apa tu? Semacam aje rupanya...hmmm...

The next day AN bawa cawan plastik, konon2 nak buat sand castle. Tak sampai 10 min tiba beach, si kakak terlanggar cawan yang AN pegang, terus jatuh dan hilang dalam laut tu tak timbul2 dah... Oops... pencemaran laut...!

Cuaca kat sana panas sangat, tak hujan langsung. Nak pergi beach pun tunggu after 5 pm. Yang mandi laut tak sunburn, yang dok tepi pantai lak yang kena. Sunburn masa sukaneka sekolah agama AN aritu pun baru nak hilang, dah tambah lagi.



Pusat Penerangan dan Santuari Penyu (dekat dengan Club Med)...masuk free aje...


bukan pelancong jepun, korea atau china... cuaca panas terik tengahari tu...sampai AN pun nampak cerah sikit dalam gambar ni :)




anak2 penyu yang baru menetas, sebelum dilepaskan ke laut...

*lama sangat peram posting ni sampai dah terlupa yang mana anak penyu umur seminggu, yang mana baru sehari dan 4 hari menetas....

Masa pergi tu tengah musim penyu bertelur. Kalau nak tengok boleh try datang malam tu ke pusat santuari tu, kalau nasib baik ada penyu naik dapatlah tengok penyu bertelur. Tapi kami tak pergi pun sebab budak2 ni dah letih mandi laut tak hengat petang tu....


Pantai Chendor

...bila pergi sini teringat zaman dolu2...every time cuti sebelum balik JB, my parents mesti bermalam kat rumah sedara di Kemaman...nanti kami pergilah sampai ke pantai Chendor ni. Dah berubah, tak macam dulu...



Since dah dekat dengan Kemaman, kami pergilah ke Kuala Kemaman...beli keropok untuk bawa balik rumah.

Kami singgah sekejap di venue bola tampar pantai Sukma di Kemaman iaitu di Pantai Teluk Mak Nik @ Monica Bay.... hehehee keless nama omputeh Mak Nik ni....i likeeee! Eh tu bukan me yang bagi nama, tapi dah ditulis macam tu kat signboard kat tengah bandar...

Kami tak turun tengok pun, just duduk dalam kereta aje sebab panas terik ya amat...takut cair lak nanti...

Jalan-jalan cari makan...

Acara menembunkan badan...

Breakfast style orang sana la...nasi minyak & kari ayam...


jalan2 cari makang...me teringin makan sata...


Tapi my doter cakap umi @ babysitter dia dulu buat lagi sedap. First time me makan sata dulu yang umi tu buat. Memang sedaplah, tak macam yang orang jual ni.

p/s: naik sekolah aje ustazah kelas AN tanya murid2 cuti sekolah pergi mana? AN kata dia baru sebut "Ce.." kawan2 satu kelas semua cakap "Pulau Pinang!!". AN balik sekolah aje tanya me, macamana kawan2 adik tu diorang duduk rumah lain2 tapi semua pergi PP? Hahahaa... dah lepas tu dia sibuk ajak DH pergi Penang pulak :))



Salaam,

0 comments: