Inilah resort tu. Apartment 2 & 3 bilik. Banyak companies yang buat family day, conference etc kat resort ni. Ada swimming pool tapi DDs tak nak mandi situ, nak mandi laut.
Atas tu view dari laut. Kami sewa apartment 2 bilik, facing tepi...so tengok kampung ler... Tapi nampak juga beach dari balcony tu.
Pagi-pagi tengok dari balcony tu nampaklah ayam kat kawasan lapang luar pagar hotel tu. Tak pun lembu atau kambing tengah meragut rumput...
dalam apartment
Nampak tak bakul sampah merah kat belah kanan bawah gambar tu? Itulah satu2nya bakul sampah ada dalam apartment tu.
TV tak de remote control. Disebabkan semua "berat" maka tak rajinlah nak bangun tukar2 channel. Tu yang tak pernah2 tengok cite Intan Asmara ke apa malam2 kat TV3 tu, tiba kat sana tengok la juga. Astro pun tak de, yang ada TV1,2,3 dan NTV7 saja.
Boleh masak kut, tak cek pula ada gas ke tidak tapi ada dengar bunyi kelentang kelentung orang angkat tong gas kat luar bilik...hehehe. Cuma ada mug aje kat apartment tu, tak ada pinggan/periuk/kuali etc.
Salah satu bilik, tempat tido DDs
Bilik air pun ada 2 tapi yang kat luar bilik DDs ni pintu pun tak boleh nak lock. Satu lagi bathroom yang besar sikit in our room, ada bath tub. Tapi bath tub tu kecik aje....eh, ke me terlebih kembang?? Nak duduk dalam tu pun rasa macam ngam2 aje...hahahaa.
Kami check in around 1 pm. Kata bilik dah kemas, tapi bila masuk bilik...lantai berpasir, atas sofa pun kotor berhabuk....towel tak de, selimut pun tak de. Sebelum kami keluar petang tu dah request towel tapi sampai kami balik ke hotel dekat2 maghrib belum hantar2 lagi towel. Semasa lalu kat front desk tanya towel dah hantar ke belum, ye2 kata dah, dah... Tengok2 tak de, terpaksa call lagi request.
Lepas check in tengahari tu rehat2 kejap, then pukul 2 dah lapar, DH ajak lunch. Semasa nak naik ke bilik pukul 1 tu, DH kata nampak ramai orang tengah lunch kat hotel tu. Bila kami turun pukul 2 tu, sorang pun tak de. Me and DDs heran gak coz DH ajak lunch kat hotel....sebab biasanya kami kalau stay kat hotel tak suka makan kat hotel, prefer makan kat luar. Tapi dah DH ajak kami ikut ajelah. Bila tanya kat staff situ, dia kata kitchen buka lagi so boleh order. Alahai menu pun 1 page aje.
Kami order air tembikai, fresh orange dan 2 jus mangga. Tunggu dekat 1/2 jam barulah air sampai. Apa punya servis daa....bukan ada orang lain pun, kami ber-4 aje kat restoran tu. Sabar lagi masa tu...kalau tak ada yang kena naik ambulans yang parking kat luar restoran tu. Eh ada orang tu datang bercuti ke jalan2 entah naik ambulans anak beranak taw...hahahaa.
Air segelas RM5 kalau tak silap. Tembikai aje yang fresh. "Fresh" orange rasa macam air Tangs...alah yang jual kat kedai tu, dalam bentuk serbuk then bancuh dengan air sejuk. Mango juice pun fresh from the bottle. Hampeh...air kordial mangga sajork. Punyalah lama ambik masa lebih 1/2 jam nak buat air saja. Kalau betul2 jus, buah pun baru petik kat pokok ke entahlah kan... Ni kalau setakat tuang kordial dari botol tak sampai 5 minit pun dah siap....!
Air dah sampai, tunggu food pula. Kami order mee goreng mamak, kuey tiaw goreng dan nasi goreng cina. Memang tak banyak choice pun. Air dah habis 1/2 gelas makanan tak sampai2 lagi. Dah sejam tunggu, DH dah hilang sabar. My DH ni seorang yang cukup2 sabar, tapi kalau dah dekat sejam tak nampak bayang siapa tak hangin, kan. Kalau makan kat luar dah kenyang pun...entah2 siap boleh lapar balik...hihihii over tau mak yung ni kalau tiba bab JJCM...patutlah membesar bagai johan....
DH bangun pergi cek kat dapur...! Then me dengar DH sound kat budak yang ambik order tu, lagi 5 minit food tak sampai kami blah. DH kata budak pompuan kat dapur tu tak masak pun, dok berbual aje. Tak lama lepas DH duduk balik, food pun tiba. Tak ambik pulak gambar food sebab betul2 tengah tak de mood + penat + lapar + mengantuk.
Surprise tak surprisenya, DH's mee goreng mamak (ada telur goreng sebiji kat atas tu) dengan AN's nasi goreng cina siap berbalut dengan cling wrap. Tak taulah kan apasal, tapi kami tak pernah lagi makan kat mana2 warung/restoran ke, food dia siap wrap dengan plastik gitu. Kalau yang wrap dengan cling wrap tu biasanya tengok food yang dia display kat luar restoran ke kan. My KT goreng tak pulak diwrap... Makanan tu pun tak adalah panas berasap2 macam betul2 baru siap dimasak.
DH makan sikit mee goreng dia, dia kata masin...so dia tolak pinggan dan stop makan. Me tau dia dah tak de selera nak makan sebab terpaksa tunggu sejam lebih untuk masak untuk kami ber-3. Entah masak, entah dia pi tapau kat tempat lain...tu yang lama sangat terpaksa tunggu. Oh ya, si kakak tak makan...diet la kononnya apa lagi...
AN's nasi goreng cina masa order dah cakap jangan letak cili sebatang pun sebab AN ni tak tahan pedas. Tapi bila dapat, entah berapa batang cili api dalam nasi goreng tu. Kesian AN.
Paling &*@^ sekali was my KT goreng. Tu barulah namanya "rupa tiada, rasa pun kurang". Setakat KT goreng dengan fish ball dan fish cake, sayur pun tak de...macam goreng dengan sos tomato saja...kaler pun pucat aje. Ada sebiji telur goreng atas KT tu. Makan ajelah, dah lapar. Bukan nak kata apalah kan, tapi kalau me buat kt goreng lagi sedap taw....(bila lagi nak promosi diri sendiri hehehee)
Yang buat me bengkek tak puas hati sangat2 tu....jeng jeng jeng...
Masa me tengah makan, nampak ada benda hitam kecik2...so I thought parts of ikan bilis kut...walaupun tak de rasa ikan bilis langsung.... hehehee. Masih nak berbaik sangka ni....so me buanglah "ikan bilis" tu.
Me makan lagi...tengok2 jumpa lagi. Kali ni panjang sikit. Bila pegang, keras...tarik2 tak putus...eh biar betul...takkan besi...??! Me dah rasa "semacam"...ambik satu mende tu, me picit2...memang besi macam dawai tu. Then tanya kat my DD, ni besi kan? Then tanya kat DH, besi kan ni? Macam dawai berus periuk tu tau!! Kalau berus periuk amway dia halus lagi, ni dawai kasar. DH and DD kata haah la besi... Ya Allah rasa nak termuntah pun ada, terus stop makan. Then me kuis2 lagi KT goreng dalam pinggan, kutip lagi mana2 dawai besi yang me jumpa letak kat tisu.
KT goreng berdawai dengan zat besi tambahan
Gambar tak berapa clear, guna hp dan close up sangat sebab tengah geram sangat2 masa tu...
Masa nak bayar, kami bayar cash sebab budak waiter tu kata bayar cash tak boleh caj ke bilik. My DH komplen kat waiter yang muka macam batu orang pijak2 buat refleksologi tu (muka penuh jerawat batu daa...) yang kami jumpa dawai dalam KT goreng. Dia tengok tak pegang pun dawai tu, then dia pulangkan RM1 sebab dia kata dah makan KT tu. Mangkuk hayun betul budak tu. Harga KT goreng tu sepinggan RM6, so bayar RM5 ajelah. Teruk betul kan. Memanglah dah makan sebab dah order dan kalau tak makan tak taulah yang tu KT goreng berdawai...! Minta2 janganlah jadi apa2 kat bb coz dapat zat besi tambahan... ekekeke...
Lepas bayar kami keluar jalan2. Kami stop kat front desk, remind suruh hantar towel dan me bagi sekali dawai2 yang me jumpa dan letak kat tisu. Tapi terlupa lak nak ambik gambar yang tu. Staff tu kata nanti dia beritahu manager dia dan suruh manager tu contact kami. Iyo la tuuu...
Lepas tu kami tak makan lagi kat restoran tu. Serik. Restoran tu pun penuh time2 tertentu aje, maybe ada orang buat family day atau companies buat conference ke barulah ada buffet, barulah nampak ramai orang dalam tu. Oh ya, sepatutnya room rate tu including b'fast, tapi lepas serik lunch tu DH terus kensel tak nak b'fast kat hotel, so dia kata tolak RM30.
On the last day kami nak check out tu, cleaner kat situ tengah bersihkan kat tingkat atas. Tak taulah bersihkan luar lif ke apa, sampai menitik air ke dalam lif tu. Nasib baik lif tak stop halfway ke apa. Dah la masa tu lif tu gelap tak de lampu.
Masa nak check out, me remind DH suruh tanya pasal kes KT goreng berdawai tu. DH suruh me and the girls tunggu dalam kereta. Staff kat front desk tu tanya DH, "nak jumpa manager sekarang ke?" Eh baru nak cakap ke? Entah2 bukti yang me bagi aritu pun dah dibakulsampahkan. Tapi my DH ni bukan jenis suka marah2, tak nak buat kecoh dia kata tak apalah...sebab dia tau kita komplen pun tak de action. Me tengok my DH relax aje. Ish, kalau la me ada kat situ masa tu, haruslah me over acting ekekeke. Siapa tak marah, kan?!
Serik dah rasa nak duduk kat Sanctuary Beach Resort, Cherating tu lagi, melainkan kalau TERpaksa...antara hidup dan mati...hehehee
Salaam,
0 comments:
Post a Comment