Monday, December 15, 2008

Kenduri aqiqah dan potong jambul AW

Buat kenduri ni di kampung DH 23NOV08. Itupun depends on the weather, sebab kat kg DH masa tu tiap2 hari hujan. Kalau hari tu banjir kami kena postpone majlis. Rumah PIL tak banjir sebab atas bukit, tapi kawasan nak ke sana tu selalu banjir bila hujung2 tahun ni.

***

DH: nanti kita balik rumah wan, kita buat kenduri aqiqah untuk adik.
AN: aqiqah?
DH: nanti nak sembelih kambing. Kalau anak lelaki, disunatkan sembelih 2 ekor kambing. Kalau anak perempuan sembelih 1 ekor aje.
AN: ooo maknanya anak lelaki menyusahkan la ek... sebab nak kena sembelih 2 ekor kambing. Kalau anak perempuan 1 aje... Yayyy nasib baik adik (AN) pompuan...

me & DH ... tak tau nak kata apa....

***

Air Sg Pahang dah tinggi juga hari Jumaat kami balik sana tu.


Sabtu, DH and my FIL pergi tempat sembelih kambing. Kambing ni umur 3 tahun, dari australia. Mahal sikit sebab datang malaysia naik kapalterbang katanya.


Entah2 orang di australia itiew kenal kambing ni kut...? Looks familiar? Ekekeke...


Kalau ada yang tak kenal, inilah umbut. Me tak pernah makan pun sebelum ini sebab ingatkan rasa dia pelik ke...semacam ke...so tak teringin pun nak try. Masa majlis kenduri kahwin kami dulu ada juga masak umbut ni.

Sesekali ku rasa teringin, so aritu me try la makan umbut. Biasa je rasa dia hehehee..nasib baik...


Eh...silap gambar... Tak ada peha AW yang terkorban...tak ada penderaan yang berlaku...walaupun geram tengok peha dia, rasa nak geget2...hikhik



AW tengah tidur masa orang start selawat. Mula2 tu dia dah mencebik2 nak nangis sebab dengar kuat sangat suara makciks selawat + sejuk bila kena tepung tawar. Tapi lepas me pujuk2, cakap2 sikit dengan dia, dia terus sambung tidur sampai tak sedar makciks zasss zasss gunting rambut dia. Last sekali my mil tanya me nak gunting tak, tapi me tak nak. Huhuu sedih la pulak...


Rambut yang terpacak tu dah pendek sikit.

Syukurlah majlis berjalan lancar. Kami buat majlis kecil2an aje, jemput sedara-mara yang dekat dan orang2 kg aje. Ramai juga yang datang...termasuklah orang yang pernah ditangkap oleh orang2 kg sebab mencuri pun datang juga. Hehehee cite betul ni tau. Aje la muka tak tau malu kan...janji dapat makan free. Tak mungkin my FIL jemput dia.

Cuaca pun cerah dan memang panas sangat siang tu. Panas nak hujan, orang kata. Malam tu hujan lebat sangat, takut juga kalau2 banjir...habislah tak lepas balik rumah. Pagi esoknya kami balik sini. Nasib baik tak banjir.


3 comments:

HaniFadil said...

uhhh, lauk kambing iteww nampak sungguh yummie..

Mrs. Fedex said...

peha ayam dan peha AW sedondon..
wakakakakak..

LiNdT said...

hani, yup! tak rasa mcm dgg kambing pun...

mus, ingat drumstick...ingat peha AW...awwww...