Tuesday, June 30, 2009

Balik kampung

~ Entry kali ini panjang...tanpa iklan ~
.
..
Jalan2 cari pasal 2nd week cuti sekolah hari tu. Ke mana lagi kalau bukan balik kampung. Kalau tak cuti bila lagi nak balik. Lainlah kalau kg tu dekat...balik weekend boleh, balik hari pun boleh. Kalau 2 jam travel tu kira dekatlah kan... Kg siapa tatau...lariiiii...
.
Mula2 kita ke kg ahkak lindt. Eh, bukan kg...bandaraya la... :P
.
Gambar kapal macam la me duduk tepi laut hehehee. Tiba aje di JB DH ajak terus ke bandar.
Pusing2 bandar terus singgah Danga Bay. First time ahkak lindt menjejakkan kaki di DB. Pernah sekali singgah tapi tak turun, pusing2 dalam kereta aje. Org JB tapi tak pernah pergi DB hehe...nampak sangat jarang2 balik kg ek...

...itu kami...

(nampak tu AN tidur tak sedar apa hehehee)

.
Hari Jumaat pergi ke Phg pula. DH ajak ikut jalan Mersing-Endau-Rompin. Me ikut aje, DH yang drive.

Ini bukan iklan Petron*s.

On the way. Still in Johor.

Nampak tak bendera Johor tu? Kalau tak nampak meh kita pergi cek mata...

.

Syukur...hujan lebat. Tapi sekejap aje.

Somewhere in Mersing.

.

Kuala Rompin
.

Lunch @ Pantai Hiburan Kuala Rompin
.
.
Kami tiba sana pun dah pukul 3 lebih kut. Masa tu ada Rompin Fest kat pantai tu.

Sempat tuuuu... Lepas lunch terus DDs pergi main air.
.

.
Tiba DH's kampung around 8 pm. Penat.

Durian...tunggu masa nak gugur. Ada 5,6 batang kut pokok durian around rumah mertua.
.
Nasib baik tak kena hempap buah durian, kan. Semasa tengah sibuk ambik foto buah2 durian tu, bila me pusing belakang aje nampak something terbang...besar juga. It's a bird...it's a plane (yg remote control)...? Tengok2 rupa2nya hornbill. Ada ambik gambar, tapi bila dah zoom me pun tak jumpa mana hornbill tu. Dia hinggap sekejap aje, pastu terbang. Camera-shy kut...
.

Pokok manggis belakang bilik kami.
.
.

Manggis ada 1 pokok aje. Durian banyak, rambutan pun ada tapi hijau lagi. Rasa2nya my mom punya rambutan masak dulu kut :D.
.
Buah2an banyak, kucing pun banyak...hahahaa. AN apa lagi, kerja main dengan kucing ajelah. Bebe AW dekat dengan kucing dia tarik telinga kucing tu. Nasib baik kucing tu buat bodo aje...
.

*****

Hari Sabtu tu kami pergi kenduri kahwin DH's cousin kat sana. Kami plan nak balik ke kl petang Sabtu tu. Alah biasalah...me sure mengelat one...balik Phg kejap aje. JB jauh tu yang kena lama2 sikit..ahaks!
.
Balik dari kenduri tu my fil eksiden. Dia drive sorang sebab dia nak balik awal, banyak kerja. Biasalah my fil tu busy aje...tok empat @ ketua kg la katakan. Dia kata dia nak elak budak naik beskal + dia mengantuk. Dia terkejut, tertekan minyak (mil kata dia suka drive laju) dan kereta terbabas langgar pokok kelapa. Pokok tu tengah2 antara ada sebuah rumah ni dengan surau/masjid...dan depan tu kubur. Kat mana tu? Adalah somewhere in a kg in Phg...alaa kat daerah "C" tu...
.
Masa balik kami tak ikut jalan tu sebab jalan tu sempit. Jalan elok, bertar tapi bak kata DH jalan tu "slim" hehehe. Kami ikut jalan jauh. Fil janji dia tunggu kat rumah sebab dia ada kunci.
.
Bila kami tiba rumah tengok2 fil tak sampai2 lg. DH kata mana bapa dia ni, tak de pun...kata nak tunggu kat rumah. Dalam hatiku berkata...entah2 eksiden tak..? Kan, jahatnya mulut...eh hati.. Bukan mulut aje tak de insurans, hati pun 2x5... hehehe. Tapi betul, memang tu yang me terfikir masa tu. Maybe nak fikir dia singgah solat kat surau tak mungkin sebab masa tu pukul 3 lebih. Tapi me diam ajelah, tak cakap kat DH. Nak mamp*ssssss? Muahaha..
.
Lebih kurang 2 min lepas terfikir macam tu, cousin DH datang dari rumah sebelah dan beritahu DH, bapa dia eksiden. DH cuba call his sisters tak dapat, call hp father dia pun tak dapat. Kat sana signal maxi* dan dig* amatlah teruk sekali ya puan2 sekalian. A few minutes lepas tu my sil balik, bukakan pintu rumah dan beritahu DH orang dah bawa bapa dia ke klinik kesihatan kg tempat dia eksiden tu. DH pun terus start kereta, pergi balik kat kg tu. Tinggallah DDs and me terkebil2 tengok dia pergi tak ajak kami hehehe
.
Tak lama pastu dengar bunyi ambulans lalu depan rumah. Fil dibawa ke hospital T. Nasib baik dah ada hospital kat T (since 2006). Kalau tidak kena hantar ke hospital M, jauh lagi. T...M...macam roda impian lak...
.
DH kata teruk juga...muka penuh darah, bengkak dua2 mata etc. Kalau tengok kereta tak sangka boleh teruk macam tu. Pokok kelapa tu pun cedera sikit aje... Nasib baik pakai seat belt. My sil dan mil lalu jalan tu tapi tak perasan kereta fil sebab terperosok bawah rimbunan pokok lepas dia langgar pokok kelapa tu. Bila sil sorang lagi patah balik ke situ tengok2 fil dah dibawa ke klinik.
.
DH temankan fil kat hospital malam tu dan malam2 seterusnya. Ramai orang kg datang melawat. Menantu dia ni aje tak pergi tengok lagi sampai la ni...lariiii lagi... YB pun datang gak. DH kata menyibuk ajelah YB tu nak tengok x-ray la apa la...hahaha.
.
Seminggu warded, seminggulah DH tido sepital. Dia balik rumah sekejap around 1 pm, tido jap kat rumah sebab kat sepital tak tido... Lepas asar pergi balik, tukar syif dengan sil. Pesakit2 silih berganti... ada yang warded sebab terlanggar lembu la...ada sorang apek ni tertelan gigi palsu la... ngeeee...
.
Hari Selasa his cousin free, boleh temankan fil kat sepital so kami balik kl. DDs 2 hari ponteng sekolah ni. Nak buat camner kan. Dah balik sini dan DH settlekan hal2 kerja dia, dia balik kg semula.
.
My fil retak tempurung kepala dan patah 1 tulang rusuk (now alhamdulillah dua2 dah sembuh). Mata kiri dia buta. Tak ada kaca masuk dalam mata. Mungkin saraf kut..?
.
DH tak de ni me la yang jadi dreba anak2 ke sekolah. Dah setahun me tak drive, semenjak DH balik from Dub*ai last year.

Kesian budak ni kan... Orang tak pernah kena "ikat"... :P

atau takut first time naik kereta mama drive? hahahaa..

.

Today fil ada check up kat sepital. Dia nak DH juga yang bawa dia pergi appointment tu. Hari Khamis pun ada appt lg. Ada anak kat kg pun dia nak DH juga yang bawa dia ke sepital. Sabar ajelah ahkaaakkk... So semalam DH yang menurut perintah baliklah kg, nak bawa bapa dia ke sepital. Me tinggal dengan DDs. Bebe AW demam since yesterday. Tak dapat mama dia nak enjoy... Ahaks!


0 comments: