Saturday, July 4, 2009

Jalan2 pergi casino? No...no...no...!

Ini cerita lama...way back in 2006 when we were in Botswana, Africa.

Suatu hari (weekend) DH ajak pergi ke South Africa. So drive la ke sana. Seperti biasa tiba kat border Botswana-South Africa, semua kena turun cop pasport kat imigresen.

Tak de hulur2 pasport ikut tingkap kereta macam kat tambak johor kalau nak ke singapore. Eh masih macam dulu juga ke? Hehe dah lama giler tak pergi singapore. Zaman2 sekolah dulu boleh kata kerap juga pergi naik kereta.

Mula2 tu kami singgah Pilanesberg National Park. Apa lagi, safari le. Tapi tak jumpa banyak binatang time tu. Balik dari sana DH ajak ke Sun City. Officemates dia kata best, mereka selalu ke sana.

Nak tengok juga apa yang best sangat tu. So pergilah, main redah aje ni (as usual...)



(gambar terpaksa di-crop-kan, sebab kami ada kat bawah sign SC tu hehehe)


Tiba sana, kat main entrance tu kena bayar 120 rand kalau tak silap. Lepas bayar, dia bagi kami chips. Bukan potato chips tu...tapi chips macam ni. Ala2 gambling chips tuuu... Very der casino kan? Hahahaa

Setiap satu bernilai R30 (kalau tak silap...dah lupa!)


Lepas park kereta kami naik "Sky Train" pergi ke... ke mana? Kami pun tatau...main naik je...

Sky Train


Kami ber-4 aje yang ada dalam train tu pada masa itu...

.
Beberapa minit kemudian sampailah ke destinasi...ke hujung landasan... Turun2 train aje tengok2 kami dah berada dalam casino. Patutlah gelap aje. Eh betul ke tempat ni? Tak pernah2 masuk casino, tiba kat South Africa TERmasuk casino hehehe. Manalah kami tau sky train tu tuju ke casino. Memang last stop dia kat casino tu, then dia patah balik ke tempat kami naik mula2 tadi tu.
.
Ada 4 resort kat dalam SC tu. Kalau bermalam di resort tu syoklah. Sebab tu officemates DH kata best sebab macam2 ada kalau kat resort. Kalau bermalam di resort boleh drive sampai ke dalam.
.
Kami pun pusing2 dalam casino sebab nak cari jalan keluar. Tak ada lah pergi dekat dengan tempat orang gambling etc tu. Lalu tempat orang main Bingo, teringat cerita Mr Bean :). Last2 guna chips tu untuk beli air, coklat dan gula2 kat sebuah kedai dalam casino tu. Dalam tu kedai buku CNA pun ada (ala2 MPH kat sini la).

AN di bawah laluan sky train

Gambar AN kat atas tu di luar casino. Nak balik kena masuk semula ke dalam casino sebab tangga naik ke stesen sky train tu terletak dalam casino.

***
Ini pula casino di Botswana, di hotel kami menginap semasa jalan2 cari pasal kat sana dulu. Yang ni kami tak tersesat, ok...

Marang Casino @ Marang Hotel.
Bukan di T'ganu aje ada Marang,
tapi ini di bandar Francistown, Botswana


Statue of Liberty di tengah bandar?


Casino daa...
ini pun di Francistown, Botswana


0 comments: